Hari ini tanomkinotuan menuai beberapa jenis sayuran di kebun belakang rumah (KBR). Sayuran tanaman musim pertama bagi tahun ini sangat baik dan berbaloi. Syukur kepada Allah atas kurnia rezeki tersebut. Berikut adalah beberapa sayuran yang sempat di tuai di KBR:
Sememangnya sayur herba tutan hijau, sejak KBR dibuka tahun lalu sayur tutan kini membekalkan pucuk-pucuk daun muda sepanjang masa. Antara sayur yang digemari oleh tanomkinotuan dan mudah disemai, tidak perlu memberikan sepenuh perhatian hanya ambil benih matang dan picit keluarkan benih menghala ke tanah. Tumbuhlah ia dengan galaknya. Cuma tutan hitam tidak dapat diambil benihnya, tidak menjadi. Mungkin tak sesuai dengan cuaca panas di sini.
Tuaian sayur kedua pula ialah sawi kerinting atau ong king. Sayur terakhir dituai di KBR. Sayur daun seangkatannya seperti sawi bunga kampung, sawi bunga komatsuna nanane, sawi bunga komatsuna rafido dan sebagainya telah pun dituai sebelum ini. Antara jenis sayur yang menjadi kegemaran oleh tanomkinotuan untuk ditanam di KBR.
Kacang buncis bulat ni sudah dua kali dituai. Ini adalah tuaian kali kedua. Terdapat 2 batang buncis ungu yang ketot-ketot. Saja dituai oleh tanomkinotuan. Tuai buah buncis separa-matang untuk mendapatkan rasa dan struktur buah yang ranggup, manis dan enak.
Bendi merah di KBR adalah dituai kali pertama di KBR. Hanya ada 4 biji buah bendi merah yang dapat dituai kali pertama. Namun pokok bendi merah tanomkinotuan diserang oleh ulat pengorek batang dengan merosakkan pucuk-pucuk mudanya. Jadi tengoklah sama ada ia mampu menghasilkan buah atau pun tidak.
Pokok timun tanomkinotuan kali ini kurang memberansangkan. Pokoknya tidak begitu baik. Namun begitu, bersusah payah jugalah pokok timun tersebut menghasilkan 3 biji buah yang bolehlah untuk dijadikan sayur untuk keluarga tanomkinotuan.
Buah zucchini kini sudah 2 kali dituai. Walaupun terdapat 2 batang pokok zucchini tapi buahnya sangat banyak. Mungkin pokok zucchini masih boleh dituai dua tiga kali.
Pokok edamame kini sudah boleh dituai. Tuaian kali pertama tidaklah seberapa, tanomkinotuan terpaksa membelek-belek buah yang cukup matang dan di alas mengunakan daun bunga matahari. Baru perasan bahawa daun bunga matahari itu berbentuk hati. Haha. Tanomkinotuan rebus buah edamame tersebut dan bubuh sedikit garam. Fuhhh? Tidak hairanlah mengapa restoran-restoran Jepun di negara ini sentiasa penuh dengan pelanggan.
Dan terakhir adalah sawi bunga Jepun. Ia ditanam sebatas dengan sawi kerinting.
Inilah tuaian tanomkinotuan di KBR. Cukup untuk bekalan seminggu dua. Simpan dalam peti sejuk dan mampu bertahan dua tiga minggu dengan dibalut dengan surat khabar. Apakah sayur tuaian anda hadi ini?
Selamat bertani dan menuai hasil.

0 komentar:
Posting Komentar