Ini pula entry menyediakan baja organik kulit telur. Maka dengan itu jangan dibuang kulit telur tersebut tetapi kumpulkan ia sehingga banyak barulah diproses. Kulit telur mempunyai 96% kalsium karbonat (CaCO3), apabila digunakan sebagai baja ia menguatkan struktur selular dan membawa nutrient ke seluruhan pokoknya. Ikuti langkah-langkah di bawah:


Sediakan kulit telur yang anda telah kumpul selama ini. Anda boleh menggunakan telur ayam, telur puyu, telur itik dan lain-lain. Jangan saja anda menggunakan telur cicak, sangat-sangat tidak berbaloi. Heheeeee.


Jemur kulit telur tersebut di bawah sinaran matahari terik sehingga rapuh.


Selepas kulit telur rapuh dan kering ambil untuk proses seterusnya. Sediakan alat seperti di atas iaitu lesung batu dan blender.


Masukkan kulit telur ke dalam lesung batu secukupnya. Jangan letak kulit telur terlalu banyak.


Tumbuk hingga menjadi separa serbuk. Tidak perlu ditumbuk halus. Tambah semula kulit telur ke dalam lesung dan tumbuk lagi.


Setelah usai, kulit telur separa hancur itu pindahkan ke bekas blender khas untuk bahan kering. 


Langkah seterusnya ialah blender kulit tersebut hingga benar-benar hancur.


Inilah hasilnya, kulit telur yang dihancurkan bolehlah ditabur di atas permukaan pasu atau di sekeliling pangkal pokok pada batas anda.

Cara guna ialah ambil sesudu teh dan tabur disekeliling pangkal pokok pada batas atau pasu dengan syarat tanah perlu digembur terlebih dahulu dan siram dengan air secukupnya. Ia sama fungsi dengan kapur pertanian dan dolomit.

Tip tanomkinotuan:

1. Terlebih dahulu cuci kulit telur tersebut sebelum dikeringkan.

2. Anda boleh terus blender kulit telur tersebut tanpa menumbuknya di lesung batu. Blender milik tanomkinotuan adalah old model dan tidak mampu untuk memblender jika kulit telur tersebut tidak dipecahkan terlebih dahulu.

3. Anda juga boleh stimkan telur tersebut selama 10 hingga 15 minit sebelum dikeringkan di bawah cahaya matahari.

4. Kulit telur sangat digemari oleh bunga rose, pokok tomato dan lada besar.

5. Jangan blender kulit telur yang tidak rapuh, baja kulit telur anda akan meleket disebabkan selaput putih pada lapisan dalam belum kering. Ini mengurangkan kualiti telur jika disimpan di dalam bekas nanti. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top