Ingat lagi entry yang lepas mengenai asparagus marry washington yang dibeli secara online tempoh hari ada diceritakan mengenainya secara terperinci. Boleh klik DISINI untuk maklumat selanjutnya. Daripada 10 pokok hanya 9 pokok yang tumbuh dengan galak, satu pokok tu langsung tidak muncul-muncul tunas sehingga sekarang tetapi tidak mati-mati. Tanomkinotuan pun tak tahu hendak buat apa. setiap minggu ada saja tombak/tunas baru muncul dan kini tombak-tombak tersebut bersaiz besar berbanding saiz-saiz sebelum ni bagi pokok-pokok yang lain. Tetapi tidaklah bermaksud tombak-tombaknya sudah boleh dituai. Asparagus tanomkinotuan masih dalam polibag dan belum dialihkan dalam tanah. Ini kerana di KBR tidaklah sesuai ditanam dengan asparagus kerana tanahnya jenis tanah liat. Mungkin akan datang setelah keadaan stabil asparagus ini akan ditanam dihadapan rumah.

Pertumbuhan asparagus kini tiada masalah. Ia membesar dengan baik secara normal. Setiap 2 minggu tanomkinotuan tabur baja NPK organik terproses dengan mengembur-gemburkan dahulu tanah di sekeliling pokok asparagus dan tabur jauh sedikit daripada pokoknya. Walaupun tanomkinotuan maklum baja organik tidak mampu menjejaskan atau merosakkan batang pokok asparagus tetapi untuk keselamatan jangka panjang. Sudahlah tanomkinotuan gagal menyemai benih asparagus dari benih, jika mati pokok-pokok asparagu yang ada sekarang galak membesar  rugi yang paling merugikan. Jadi tidak salah berhati-hati dalam segala tindakan.

Tombak yang meriah
Tanomkinotuan ada menukar polibag bersaiz sederhana besar pada hari itu kerana polibag pertama yang digunakan hanya bersaiz kecil. Ia hanya sesuai kepada pokok asparagus yang baru mempunyai 2 hingga 3 batang pokok mudah. Setelah ditukarkan kepada polibag sederhana besar maka asparagus marry washington mula tumbuh dengan menghasilkan pucuk-pucuk muda. Melihat situasi ini tanomkinotuan teruja melihat tombak-tombak yang menjulang naik. Sangat-sangat mengujakan.

Walaupun kemarau panjang melanda di tempat tanomkinotuan dengan bahang matahari yang sangat terik tetapi pokok asparagus tidak terjejas pertumbuhannya. Malah cuaca yang panas ini memberikan potensi pokok asparagus tumbuh secara normal. Pernah sekali pada minggu-minggu lepas tanomkinotuan ternampak ulat daun bertenggek pada dahan daun asparagus. Dengan cepatnya tanomkinotuan kutip ulat-ulat daun tersebut dan hapuskan kesemuanya. Seboleh-bolehnya tanomkinotuan tidak mahu tertinggal seekor pun ulat pada dahan dan daun asparagus tersebut. 

Asparagus tidak bermasalah jika setiap hari disiram apatah lagi musim kemarau ini dengan polibag yang mempunyai saliran air yang baik. Jangan sahaja air bertakung mungkin asparagus mengalami masalah jika berlaku kes sedemikian. Polibag memang sesuai kerana dari lubang-lubangnya itu air mengalir keluar tanpa bertakung yang mungkin menjejaskan akarnya. Tanomkinotuan terfikir untuk memindahkan pokok asparagus ini kepada polibag yang lagi besar. Plastik polibag sudah ada tetapi masa yang terlalu pendek untuk tanomkinotuan mengerjakannya. Tanah satu hal, mencari tanah yang sesuai di halaman rumah atau jauh dari rumah sangat merumitkan. Tak pasal-pasal terguna pula tanah yang tidak berkualiti, susah.

Untuk seketika ini, asparagus tanomkinotuan hanya dalam polibag saja. Hanya dijaga dari segi siraman air dan baja. Elok dia tumbuh dengan jayanya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top