Ubi yang sudah bertunas
Pada entry yang lepas tanomkinotuan telah menerangkan cara menanam ubi manis melalui batang dan hari ini tanomkinotuan berkongsi pula satu teknik menanam ubi manis dari isinya. Selain batang ubi manis ia juga boleh ditanam mengunakan isinya. 

Beli isi ubi manis yang anda suka. Di pasaran pelbagai variati dan warna ubi manis boleh dijumpai. Ada ubi manis warna putih, kuning, orange, ungu, putih ungu (ubi dawat) dan sebagainya. Terpulang pada anda memilih yang mana berkenan di hati.

Ambil dan simpan sebiji isi ubi manis, isi ubi manis perlu ditunaskan terlebih dahulu sebelum ditanam dengan menyimpannya ditempat redup sehinggalah mengeluarkan tunas. Potong seinci jauhnya dari mata tunas agar bila ditanam ia boleh tumbuh dengan baik.

Selepas dipotong
Gembur tanah tang hendak ditanam, tambah kompos dan gaul hingga sebati. Korek lubang sedalam dua inci dan tanam potongan isi bertunas tadi kira-kira menenggelamkan isi tersebut manakala tunasnya pula biar terdedah keluar. Siram dengan air yang banyak. Tunas ubi manis mengambil masa 5 hingga 9 hari untuk mulai tumbuh. Dalam tempoh tersebut jangan lupa menyiram dua kali sehari agar tanah senantiasa lembab dan tidak kering. Ia juga boleh ditanam di dalam pasu besar.

Dua minggu kemudian benih pokok ubi anda tumbuh dengan galak. Jangan lupa menaburkan baja NPK organik agar pokok ubi manis anda boleh tumbuh dengan baik. Ubi manis hibrid hanya mengambil masa 3 bulan untuk berisi dan sudah boleh dituai. Saiz kecil atau besar ubinya bergantung pada nutrisi pada tanah. Anda sudah boleh menikmati ubi manis tanam sendiri.

Selamat mencuba.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top