Daun bawang atau green onion sangat digemari kerana bau harumnya dapat meningkatkan nafsu makan apabila dicampurkan dalam masakan berasaskan sup, soto atau dimasak dengan lada putih (lado topurak). Khasiat daun bawang kepada manusia tidak boleh dinafikan lagi, ia cukup berkhasiat kepada kesihatan kita. Tanomkinotuan menanam daun bawang di kebun belakang rumah supaya bekalan daun bawang sentiasa ada dan bila ingin menggunakannya petik saja di kebun di belakang rumah tersebut dan boleh dicampurkan apa-apa resipi yang dikehendaki, amalan menanam daun bawang serta sayur mayur ini membolehkan kita jimat beberapa ringgit dalam sehari. Jika sesiapa meminati suup pinapat (pinapat stew), salah satu ramuannya adalah daun bawang.
Tanomkinotuan telah membeli seikat daun bawang di pasar terbuka (di Sabah pasar terbuka digelar sebagai Tomu atau Badi oleh kaum Kadazan dan Dusun), tanomkinotuan terfikir untuk meninggalkan sedikit batang yang dikerat daunnya untuk cubaan menanam dikebun belakang rumah, hasilnya lihat gambar-gambar dibawah:
|
daun bawang berusia 2 minggu |
|
Berusaha untuk membesar walaupun musim hujan yang lebat |
|
Nampak baik pertumbuhannya |
|
Daun bawang bersama pokok bawang putih (garlic) |
Dari pemerhatian tanomkinotuan, menanam pokok daun bawang ini tidaklah susah sangat, hanya pastikan tanah yang digunakan cukup atau dicampur dengan baja kompos atau tinja binatang. Pokok daun bawang atau keratan pokoknya boleh ditanam terus pada batas yang disediakan. Tanam batang keratan daun bawang sedalam 3 inci untuk memudahkan percambahan pucuk baharu serta jangan lupa untuk menyiram pokok tersebut sehingga ia mampu membesar. Sekirannya ingin bekalan daun bawang sentiasa cukup dan berpanjangan berbaloi kiranya hanya potong daun bawang itu dan jangan dicabut, untuk beberapa minggu daun muda akan mula tumbuh dan bekalan daun bawang di rumah anda berterusan selagi pokok daun bawang tersebut hidup dengan baik tanpa jangkitan atau gangguan. | | | |
|
0 komentar:
Posting Komentar