salad siomak |
Sering kita terdengar bahawa tumbuhan salad aka lettuce ini hanya sesuai tumbuh subur di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland dan Kundasang di Sabah kerana tumbuhan salad jenis ini tidak tahan panas. Mitos ini ada kebenarannya kerana asal pertumbuhan sayuran jenis salad adalah di kawasan sejuk.
Walau bagaimanapun, dengan teknik dan cara yang betul menanam salad ini ia boleh tumbuh dengan baik walaupun masih menggunakan kaedah tradisi (tanpa baja kimia dan racun serangga). Percubaan pertama kali menanam salad di halaman rumah menunjukkan hasil yang memberansangkan. Menanam sayur sangat istimewa kerana ia adalah hasil tangan sendiri dan bebas racun serangga.
Gambar-gambar yang dimuat turun ini adalah salah satu contoh keberhasilan menanam salad di kawasan tanah rendah yang boleh dikatakan kawasan yang agak panas. Nama salad ini adalah salad cina manis, manakala di Sabah pula salad ini dipanggil sayur minyak atau sayur mentah. Siomak lettuce atau salad siomak adalah nama gelaran yang popular untuk salad tersebut.
Gambar-gambar yang dimuat turun ini adalah salah satu contoh keberhasilan menanam salad di kawasan tanah rendah yang boleh dikatakan kawasan yang agak panas. Nama salad ini adalah salad cina manis, manakala di Sabah pula salad ini dipanggil sayur minyak atau sayur mentah. Siomak lettuce atau salad siomak adalah nama gelaran yang popular untuk salad tersebut.
Jika kita menanam salad cina manis ini secara kecil-kecilan, kita boleh dengan hanya memetik daun yang matang dan tinggalkan daun muda untuk pertumbuhan yang seterusnya. Ini bermaksud selagi pokok salad ini hidup subur selagi itulah kita memperolehi bekalan daun salad ini secukupnya. Pastikan selepas dituai (dipetik daunnya) perlulah dibubuh tinja binatang atau baja kompos untuk menggalakkan pertumbuhan pucuk muda.
Pucuk muda mulai tumbuh |
Dengan biji benihnya yang berwarna hitam, Salad cina manis aka litus gompuri ini tidak susah untuk dijaga, pastikan tapak semaian cukup zat nutrient dengan menambah baja organik atau tinja binatang. Boleh ditabur terus ke tapak samaian atau ditanam dalam bekas atau polibag dan setelah 2 minggu bolehlah dialihkan ke tapak semaian. Anda juga boleh menggunakan media topsoil yang boleh dibeli di kedai berhampiran. Medium tanaman haruslah lembab dan siram dengan air jika tanah terlalu kering kerana tanah kering memungkinkan salad tidak akan bercambah dengan sempurna.
Struktur daunnya yang lembut dan mudah patah, sedikit crunchy atau rangup dan rasa pahit manis, tidak seperti kebanyakan salad yang ada, salad jenis ini adalah berbau harum seperti buah padi yang muda. Salad ini menjadi matang dalam tempoh 5 minggu atau 50 hari berdasarkan penjagaan, jenis tanah yang digunakan dan air yang cukup. Pada pengamatan Tanomkinotuan, salad jenis ini tahan panas dan pastikan ia ditanam di bawah cahaya matahari untuk mendapatkan pertumbuhan yang baik.
Cara menyemai beni salad siomak adalah dengan mengunakan media campuran buatan sendiri iaitu 2 bahagian tanah loam, 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Anda juga boleh menggunakan peat moss dengan dicampurkan dengan tanah loam. Pastikan media lembab senantiasa. Seeloknya semai dalam pasu terlebih dahulu.
Tabur benih salad pada pasu dan timbus dengan sedikit tanah. Siram media dengan air yang cukup. Letak pasu ditempat teduh tetapi masih terkena haba matahari. Benih salad mula bercambah selepas 7 hingga 14 hari. Kadang-kadang boleh sampai 3 minggu. Setelah benih salad sudah mempunyai 4 helai daun barulah pindahkan sama ada pada batas atau pasu bersesuaian mengikut kehendak anda. Seterusnya jaga anak pokok salad siomak mengikut tatacara dan penjagaan sayuran lain.
Selamat mencuba.
0 komentar:
Posting Komentar