Jenis salad loose leaf
Salad atau dalam bahasa Englishnya dipanggil lettuce dan kadang-kadang kita di Malaysia memanggilnya sebagai 'sayur mentah' atau 'sayur minyak' mengikut variatinya adalah salah satu sayuran yang boleh dimakan tanpa memasak terlebih dahulu. Memadai dengan mencucinya dengan air bersih dan bolehlah dihidangkan. Anugerah makanan yang sangat versatile di muka bumi. Nama saintifik bagi salad ialah Lactuca sativa.

Namun begitu ramai di antara kita tertanya-tanya di anataranya:

1. Bagaimanakah cara menanam salad? 

2. Bolehkah salad ini tumbuh di negara kita? 

3. Adakah cuaca di Malaysia sesuai menanam salad?

4. Tanah jenis apakah yang sesuai? 

5. Apakah baja yang patut saya gunakan?

6. Apakah penyakit yang sering menyerang daun salad? 

Salad Siomak
Dan mungkin juga ada persoalan sebegini; Apakah jenis salad yang bagus untuk di tanam?. Sebenarnya salad boleh tumbuh di mana-mana asalkan bukan musim salji melampau bagi di negara-negara Barat dan bukan musim kemarau panjang bagi negara-negara yang mengalami iklim khatulistiwa seperti di negara kita.


KEPERLUAN ASAS IKLIM

Salad berasal di kawasan Mediterranean. Sudah tentu kesesuaian salad sememangnya di tempat sejuk, ada jenis salad yang hanya mahukan sinaran matahari tidak lebih dari 6 jam dan terdapat salad yang suka sinaran matahari melebihi dari 6 jam. Sesetengah variati pula, salad mampu beradaptasi terhadap cuaca panas terik dan terdapat salad yang mampu bertahan terhadap cuaca sejuk melampau.

Secara umumnya salad sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi pada ketinggian 1000 m. Biasanya salad yang sesuai di tanam di tanah tinggi ialah salad jenis membulat (heading) seperti salad jenis iceberg, Namun begitu, Salad juga sesuai ditanam di kawasan tanah rendah dengan jenis salad daun terbuka (non-heading) seperti salad dari kumpulan Loose leaf cultivars. Suhu pula sekitar 45 hingga 60 F adalah paling ideal. Di negara kita menanam salad boleh dilakukan sepanjang tahun tetapi paling ideal adalah bulan April kerana ia tidak terlalu basah dan tidak terlalu kering.

JENIS TANAH
tanah gembur berpasir

Tanah yang disyorkan bagi menanam salad ialah jenis tanah gembur berpasir kerana sangat sesuai untuk pertumbuhan salad. Namun tanah jenis loam dan tanah jenis clay berpasir juga sesuai. Tanah liat amat tidak sesuai bagi pokok salad termasuk tanaman yang lain. Tanah mestilah mempunyai saliran yang baik dan nilai PH pula ialah di antara 5.8 hingga 6.8. Tanah yang mempunyai PH kurang dari itu harus ditabur dengan serbuk kapur (lime stone) yang boleh dibeli di nusery atau kedai hardware yang berhampiran. Tanah haruslah mempunyai organan yang cukup. Bagi tanah yang kurang organan boleh digaulkan dengan baja kompos atau tinja binatang seperti ayam, lembu, kambing dan arnab.


PEMILIHAN VARIATI SALAD

Jika ingin menanam salad, pertama perlulah mengetahui apa jenis salad yang hendak ditanam. Secara umumnya, semua variati salad mempunyai cara penanaman yang sama dan hanya ada sedikit berbeza dari segi penerimaan cahaya dan ketinggian kawasan penanaman. Berikut 4 kumpulan salad yang boleh dipilih untuk ditanam:
Jenis Salad iceberg

1. Salad Iceberg/head lettuce - jenis salad membulat di mana sering ditemui dalam campuran burger.

2. Salad romaine - daun ranggup dan berperisa.
jenis Salad romaine / salad kos

3. Salad butterhead - daun yang sangat lembut, tinggi kandungan nutrisi dan berwarna hijau.
Jenis Salad butterhead



4. Salad Loose leaf cultivars - daun yang cerah dan tahan terhadap suhu melampau.
Loose leaf cultivars 

 Setiap nama kumpulan di atas terbahagi kepada beberapa nama salad lain di bawahnya. Ini hanya pengelasan berasaskan daun dan cara pertumbuhan.


PENANAMAN

1. Campuran media tanaman.

Banyak cara campuran tanah yang digunakan untuk penanaman. Selalunya campuran media tanaman adalah mengunakan nisbah 2:1:1 iaitu: Tanah loam: Bahan organik: pasir sungai. Ukuran nisbah tersebut sesuai untuk tanah yang diletakkan dalam bekas atau pasu dan ikut kesesuaian jika menanam dalam skala besar. Boleh juga ditambah nisbah 1 untuk sabut kelapa (cocopeat).

Namun bagi gambar di bawah menggunakan nisbah media tanaman seperti 7:3:2 iaitu tanah loam:bahan organik/kompos:pasir sungai.


1. Pembajakan

Bajak tanah sehingga benar-benar gembur. Tanah yang tidak dibajak tidak sesuai untuk salad. Alat pembajak seperti cangkul boleh digunakan untuk mengemburkan tanah. Semasa membajak tanah gaulkan dengan baja kompos dan tinja binatang. Ia bertujuan menambah organan dalam tanah. Bagi tanah yang belum pernah dibajak perlu alihkan lebihan akar, ranting dan dedaun pada batas. 

2. Penyediaan batas

Penanaman salad harus dibuat batas. Biasanya batas yang ideal ialah berukuran 1.2m (4 kaki) lebar, 0.2m-0.3m (9 inci - 12 inci) tinggi dan panjangnya mengikut kesesuaian. 

3. Tapak semaian

Menyemai benih salad boleh dilakukan pada polibag, kotak kecil, potongan botol mineral (kos tiada) atau boleh juga disemai di batas. Taburkan benih dan timbus dengan tanah gembur setinggi 0.4 inci sekadar menutup benih-benih itu. Siram benih tersebut agar kelembapan tanah mengaktifkan pertumbuhannya.

5. Mengubah anak semaian 

Kira-kira dua minggu anak benih salad bolehlah dipindahkan ke batas yang disediakan. Selepas anak pokok salad ditanam siram batas dengan air. Jarak antara anak pokok ialah 10 hingga 15 inci atau mengikut kesesuaian penanam.


PENJAGAAN

Naungan perlu diberikan kepada anak pokok salad selama 2 hingga 3 hari bertujuan agar tidak cepat mati. Buka naungan selama 1 jam pada waktu pagi dan satu jam pada waktu petang supaya anak pokok salad menjadi kuat dan biasa terhadap cahaya matahari. Naungan boleh menggunakan daun kelapa, jaring dan net hitam.

Siram anak pokok salad 2 kali sehari dan tidak perlu ketika musim hujan.


PEMBAJAAN

Selepas dua minggu di mana anak pokok salad sudah tumbuh dengan baik, bubuh baja pada sekeliling anak pokok. Jangan terkena pada batangnya takut batang anak pokok salad terbakar.Terdapat dua jenis baja iaitu baja organik dan baja kimia, terpulang kepada penanam yang mana satu mahu digunakan. Tanomkinotuan memilih menggunakan baja organik kerana mahukan salad yang dimakan bebas penggunaan baja kimia yang dicipta daripada petrolium.


PENUAIAN

Salad yang ditanam akan matang setelah 6 minggu. Bagi mereka yang menanam secara kecil-kecilan dan mahukan sumber salad dapat dinikmati secara berterusan, caranya ialah petik saja daunnya bermula dari bawah pokok.


PENYAKIT DAN KAWALAN PENYAKIT

Sepanjang tanomkinotuan menanam jenis-jenis salad, belum pernah ada kejadian serangan perosak terhadap daun mahupun akar. Ini kerana serangga perosak tidak menyukai getah putih yang ada pada semua jenis salad. 

Walau bagaimanapun, terdapat tiga penyakit utama tanaman salad iaitu virus yang disebabkan oleh Mosaic virus, Reput pangkal disebabkan oleh Corticium solani dan  Kulapuk downy oleh pembawa Bremia lactucae. Jenis serangga pula ialah Ulanah (cut worm) dan Agrotis ypsilon di mana kerosakan pada daun-daun muda.

KESIMPULAN

Menanam salad tidaklah rumit sebenarnya. Dengan panduan di atas maka mudahlah untuk kita menanam salad di halaman rumah secara kecil-kecilan atau secara besar-besaran. 




0 komentar:

Posting Komentar

 
Top