Ramai di kalangan kita sering menggunakan kaedah rawatan tradisional bagi mengubati penyakit ringan yang dihadapi, malah sesetengah masyarakat kita yang masih mempunyai kepercayaan terhadap kesan ubat-ubatan tradisional tidak ingin berubat cara modern yakni ke hospital mahupun klinik swasta di atas kesedaran yang tinggi akan kebaikan ubat-ubatan alami ini. Terdapat beberapa contoh ubatan herba yang sering digunakan oleh masyarakat kita contohnya pucuk daun jambu batu, daun dan buah mengkudu, halia, kunyit, bunga tujuh jarum, hempedu bumi, mahkota dewa dan sebagainya. Bagi pengamal perubatan herba tegar mereka suka menanam herba-herba ini di halaman rumah bagi kegunaan pada masa akan datang.

Hari ini satu lagi pokok herba yang tidak kurang hebatnya dalam dunia perubatan tradisional, Ramai orang diluar sana mengkagumi khasiat herba ini. Herba yang dimaksudkan adalah pudina. Pudina adalah sejenis tumbuhan herba yang tergolong dalam genus mentha dalam keluarga Lamiaceace, pudina bersifat dedaun beraroma (aromatic foliage) di mana berkesan untuk menghalau serangga dan semut yang suka memakan atau merosakkan sayur-sayuran yang di tanam di kebun. Caranya tanam pudina ini bersama-sama sayuran seperti sawi, kobis, kailan, brokoli atau couliflower bagi mengelak atau mengurangkan serangan serangga perosak pada tanaman. Cara ini adalah salah satu cara alami dan mesra alam berbanding menggunakan racun serangga sebagai mengawal serangga perosak di kebun atau ladang.






Daun pudina juga sesuai untuk di buat teh dengan mengeringkan daun tersebut, cara ini sering diamalkan oleh masyarakat barat bagi merasai aroma yang unik dari daun pudina ini. Daun pudina juga baik untuk menyegarkan pernafasan kita dengan mengunyah satu atau dua keping daun segar. Juga kepada sesiapa penggemar salad cuma tambah beberapa keping daun pudina segar untuk menambah aroma padanya.

Tanomkinotuan menanam pokok pudina ini di kebun belakang rumah dan bukannya di pasu atau seumpamanya sebab tanomkinotuan mahu pokok pudina itu bebas merayap di tanah. Ia juga membantu tanomkinotuan menghalau serangga yang suka merosakkan tanaman di kebun belakang rumah. Hasilnya tanaman tanomkinotuan kurang serangan penyakit dan jarang diserang ulat seribu.

Antara khasiat daun pudina kepada manusia ialah:

1. Sebagai aromatic foliage yakni mampu menjauhkan sayuran daripada serangga perosak dengan menanam pudina bersam-sama tanaman lain.

2. Aromaterapi dalam ruangan rumah, meletakkan beberapa bunjut daduan pudina di ruang tamu mampu memberikan ketenangan dan relaxing pada tuan rumah.

3. Sebagai penghilang bau pada bilik, ruang tamu dan dapur. Aromanya yang kuat menenggelamkan bau-bauan yang tidak meyenangkan.

4. Membantu proses penghadaman pada perut.

5. Sebagai antiseptik, antiparasit dan antivirus.

6. Memakan daun pudina secara konsisten boleh meransang badan dalam pengeluaran peluh.

7. Daun pudina dilumatkan sebagai ubat sapu pada selsema biasa, sakit kepala, kejang otot dan lemah-lemah sendi.

8. Minyak pudina menghilangkan rasa loya dengan menyapu bahagian tertentu seperti dahi atau hidung.

9. Extrak pudina pula dicampurkan dalam ubat gigi untuk menyegarkan nafas.

10. Meningkatkan selera makan

11. Jus daun pudina segar boleh ditambah dalam minuman lain dan perisa aiskrim.

12. Sebagai ulaman, campurkan beberapa keping daun pudina ke dalam salad mampu memberikan aroma unik pada salad.

13.  Sebagai minuman teh, memberi penenang pada otot, melegakan kejang dan sakit perut.

14. Mengurangkan masalah kembung perut dan angin.

15. Sebagai perisai anti-barah.

16. Sabagai anti-inflammatory dan anti-viral iaitu mampu membasmi bakteria.

17. Dapat melegakan symptoms penyakit pernafasan.



Secara umumnya pudina merupakan tumbuhan versatile yang wajib ditanam di halaman rumah tidak kira ditanam dalam pasu, polibag atau di tanah. Ia bukan sahaja berkhasiat kepada tuan rumah malah ia juga dijadikan sebagai penyeri laman ruma kediaman seseorang. Maka tanamlah pokok pudina sebagai tumbuhan herba dan penyeri laman rumah kita.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top