Sayur tutan merupakan sayuran tumbuh sendiri dan tergolong dalam kelompok herba di mana berkeluarga dengan pokok tomatilo. Tanomkinotuan ingin berkongsi kepada pembaca bagaimana hendak menyemai benih sayur tutan ini. Lazimnya pokok tutan tumbuh sendiri tetapi tidak salah untuk menanamnya. Biasanya tanomkinotuan menyemai buahnya yang sudah matang berwarna ungu.

Apabila pokok tutan anda sudah mengeluarkan buah, biarkan sehingga bertukar menjadi warna ungu. Apabila sudah bertukar warna ungu ia sudah boleh dijadikan benih baru.

Terdapat dua cara untuk menyemai benih ini iaitu yang pertama kumpul biji buah yabg berwarna ungu dan asingkan biji tutan dari kulit buahnya. Cuci biji-biji tersebut dan keringkannya. Benih tersebut bolehlah disemai dalam pasu atau pada batas yang anda sediakan. Caranya pada batas tersebut gembur tanah hingga menjadi peroi, tambah kompos dan sebatikannya. Tabur benih tutan di atas batas tersebut dan timbus sedikit tanah di atasnya. Jangan lupa untuk siram dengan air yang cukup.

Benih tutan
Cara kedua pula ialah sangat mudah iaitu kumpul semua biji yang matang (warna ungu)dan halakan bekas tangkai biji tutan itu ke arah batas atau tanah, jarak antara biji dengan batas atau tanah ialah kira-kira 3 inci. Picit biji tutan dengan kuat. Dari bekas tangkai biji tutan itu tempatnya benih-benih di dalamnya keluar terus ke arah tanah. Jangan tersilap kerana kadang-kadang bila salah picit benih itu akan terpecik ke muka anda.

Anak benih tutan
Dalam 5 hingga 7 hari benih tutan akan mula bercambah. Selepas sebulan daripada disemai anda sudah boleh menuainya dengan memetik pucuk-pucuk mudanya. Jangan cabut pokoknya kerana sesudah anda petik pucuk muda tersebut tunas baru akan muncul dengan banyak dan ia akan mengeluarkan tunas baru hingga akhir pokok tutan itu.

Sekiranya pokok tutan anda sudah mula mengeluarkan bunga dan berbuah, itu tandanya pokok tutan anda sudah mula berakhir. Kumpul semula bijinya dan semai semula untuk tanaman musim seterusnya. Bekalan sayur tutan akan senantiasa ada. Benih tutan mudah bercambah sebenarnya. Tidak perlu digembur media semaian.

Jika anda mengemari memakan sayur ini, apa kata untuk menanamnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top