Sering kali kita menghadapi masalah dalam menyemai benih lobak merah. Kadang-kadang pelbagai cara dan kaedah digunakan untuk menyemainya tetapi masih lagi tidak bercambah. Pernah sekali tanomkinotuan menggunakan jenis-jenis tanah untuk menyemai tetapi tidak berjaya. Hal ini berlaku apabila suhu, kelembapan, dan media tanaman tidak seimbang. Percambahan benih lobak merah memerlukan suhu kira-kira 27 darjah celsius pada waktu siang manakala pada waktu malam pula ialah kira-kira 22 darjah selsius. Iklim di negara kita agar sukar mencapai 23 darjah selsius menyebabkan benih lobak merah sukar bercambah.

Namun satu teknik yang boleh tanomkinotuan kongsikan kepada pembaca ialah ialah tentang cara paling mudah untuk mencambahkan benih lobak merah. Kaedah ini mudah diikuti dan 90 peratus percambahan berjaya. Bahan-bahan yang diperlukan ialah;

1. 10 hingga 15 biji Benih lobak

2. Satu keping tisu 

3. Satu buah plastik berjip (lihat contoh dalam gambar)

4. Sedikit air untuk melembabkan tisu

Cara membuatnya;

Ambil tisu dan lipat dua, taburkan benih di tengah-tengah tisu tadi. Lipat tisu menjadi empat segi secara perlahan-lahan. Lembabkan tisu dengan air, tisu jangan terlalu basah cukup sekadar lembab. Tisu yang sudah dilembabkan masukkan ke dalam plastik berjip dan tutup rapat sehingga udara tidak memasukinya. Sesudah selesai, simpan benih lobak dan asparagus ke dalam peti sejuk selama dua minggu. Dalam tempoh dua minggu jangan sesekali membuka plastik tersebut. Teknik ini juga boleh diaplikasi kepada benih asparagus.

Setelah genap dua minggu keluarkan benih dari plastik berjip dan dengan hati-hati semai benih tersebut pada kontena berisi tanah campuran atau topsoil. Buat jalur memanjang dan alihkan benih-benih lobak ke dalam tanah satu persatu. Ini kerana benih lobak merah melekat pada tisu lembab itu. 

Simpan kontena itu pada tempat yang teduh tetapi masih boleh terkena haba matahari, ini kerana lobak merah memerlukan haba yang cukup untuk bercambah. Dalam masa 3 hari benih lobak mulai bercambah dengan sempurna. Jaga benih pokok lobak merah seperti biasa.

Selamat mencuba.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top