Tanomkinotuan berkongsi kepada pembaca cara menyemai benih jagung pulut pandan dalam polibag atau bekas semaian sesuai. Jagung pulut pandan adalah jagung variati kampung dan berwarna kuning, aromanya seakan-akan pandan yang sedap. Ikuti langkah menyemai benih jagung pulut pandan dalam polibag dengan menggunakan media potting soil buatan sendiri.

Benih jagung pulut pandan

Sediakan potting soil dan polibag saiz kecil. Untuk mengetahui panduan membuat potting soil klik di SINI. Polibag tersebut di lipat setengah, ia bertujuan untuk menjimatkan media. Lagi pula setelah anak pokok jagung sudah besar akan dialihkan ke polibag bersaiz besar.

Potting soil buatan sendiri


Isikan potting soil ke dalam polibag hingga penuh seperti di atas. Padat-padatkan media secara perlahan-lahan atau dihentak-hentak ke tanah untuk memampatkan sedikit media tersebut. 


Buat lubang ditengahnya dan masukkan sebiji benih ke dalam lubang yang dibuat. Anda juga boleh membuat 2 lubang untuk ditanam 2 biji jagung. Cabut anak pokok jagung yang kurang sihat dan terbantut, biarkan yang satu lagi untuk membesar. 

Tanomkinotuan semai 2 biji dalam 1 polibag. Dan akan dialihkan ke polibag besar apabila pokok telah boleh dan sesuai dipindahkan. 

Berusia 1 minggu

Berusia 2 minggu

Selepas seminggu benih jagung sudah bercambah dengan baik. 100% benih jagung pulut pandan tanomkinotuan bercambah dengan baik. Setelah pokok jagung sudah mempunyai 4 helai daun bolehlah dipindahkan ke batas atau polibag. 

Kaedah semaian seperti ini sesuai di amalkan bagi rumah yang mempunyai ruang yang terhad. 

Pada entry yang lepas tanomkinotuan ada membuat promosi mengenai pemberian benih jagung pulut secara percuma. Kini benih jagung pulut percuma sudah habis stok. Seseorang telah menghantar email kepada tanomkinotuan bertanya benih jagung pulut masih ada atau tidak. Oleh kerana masa itu terdapat 2 pek benih jagung percuma maka tanomkinotuan cadangkan untuk memberikan jagung pulut percuma dengan membalas email meminta beberapa maklumat yang diperlukan. Namun pengirim tersebut belum memberikan respon hingga kini menyebabkan 2 pek tersebut telah diserahkan kepada rakan yang lain. Jadi tanomkinotuan minta maaf banyak-banyak. 

Kini tanomkinotuan promosikan 6 jenis jagung termasuk variati jagung pop corn atau corn strawberri yang boleh diperolehi daripada tanomkinotuan.blogspot.com iaitu jagung pulut (putih), jagung pandan (putih), jagung pulut pandan (kuning), jagung manis kota belud, jagung manis taiwan dan jagung perang. Harga 1 pek ialah RM3.00, lihat gambar-gambar di bawah untuk lebih jelas:


Jagung perang


Jagung pulut pandan


Jagung manis Kota Belud

Jagung manis taiwan

Jagung pulut

Pop corn/corn strawberi

Penerangan secara ringkas mengenai benih jagung di atas. Jagung pulut (warna putih) dan jagung pulut pandan (warna kuning) mempunyai aroma seperti pandan, sebab itu ia digelar sebegitu. Manis yang lazat. Pokok lebih tinggi dan sepokok terdapat 2 hingga 3 buahnya.

Jagung manis taiwan dan jagung manis Kota Belud mempunyai pokok rendah, cepat dituai dan tongkol jagung manis kota belud bersaiz besar. Manis dan lazat.


Jagung perang aromanya kurang, mempunyai pokok tinggi dan sesuai direbus atau dicampur dalam salad dan masak bersama sayur.


Dan terakhir ialah pop corn atau jagung strawberi. Sesuai dijadikan pop corn. 


Untuk maklumat lanjut hantar kan email ke borosmomogun@gmail.com


Selamat bertani dan menuai hasil.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top