Baru dapat menjengah ke blog ini pada hari ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Hari ini tanomkinotuan ingin berkongsi kepada pembaca di luar sana tentang tanaman yang di tanam di kebun belakang rumah iaitu pokok tomato.

Buah tomato atau dalam bahasa saintifiknya ialah Solanum lycopersicum dan pokok tomato ini berasal dari wilayah South American Andes (Amerika Latin). Berdasarkan penemuan dari Jabatan Pertanian Amerika Syarikat terdapat sejumlah 25 000 variati tomato yang wujud di seluruh dunia manakala dari sumber lain mengatakan 10 000 variati. Variati tomato seperti tomato ceri, tomato grape, tomato pear, tomato plum dan sebagainya mudah ditanam di Malaysia.

Semua tahu bahawa tomato adalah jenis buah yang sering digunakan dalam masakan tidak kira ianya di makan dengan memasak atau dimakan begitu sahaja. Tidak sah sebiji burger sekiranya tidak diletakkan sekeping atau dua keping hirisan buah tomato atau mencampurkan dua atau tiga biji buah tomato yang di belah empat ke dalam resepi ayam masak merah. buah tomato adalah bahan penambah dalam masakan bagi memberi keunikan rasa kepada masakan itu.

Atas kesedaran terhadap khasiat buah tomato ini tanomkinotuan telah cuba menanam buah tomato di kebun belakang rumah. Sebenarnya menanam tomato tidaklah rumit yang perlu dititikberatkan adalah medium tanaman dan air. Bilamana tapak penanaman pokok tomato ini bertakung dengan air yang banyak, pokok tomato akan layu dan seterusnya akan mati. Pokok tomato alah pada takungan air di dalam batas kerana akarnya akan lemas dan tidak mampu untuk menyerap makanan atau nutrient.





Gambar di atas adalah dua jenis buah tomato yang berbeza, buah tomato yang kecil dikenali sebagai tomato ceri. Gambarnya sedikit suram kerana diambil pada jam 6:20 pagi di mana matahari belum bersinar terik.







Tomato boleh ditanam dengan dua cara pertama dalam polibag dan kedua ditanam dalam batas. Biji benih tomato perlu disemai dalam semaian yang disediakan, siram pokok ikut kesesuaian dan alihkan anak pokok ke batas tanaman selepas dua minggu atau sudah mempunyai 4 daun. Sekiranya penjagaan pokok tomato dilakukan dengan rutin ia akan membesar dengan baik hingga mengeluarkan buah pada bulan kedua dan akan dituai selepas sebulan setengah ke selepas pengeluaran buah yang pertama.


Tomato roma dengan buahnya


Buah tomato roma 


Tomato roma dan ceri yang sudah masak


Kemerahan tomato ceri mengujakan


Buah tomato ceri


Tomato ceri bersama hasil tuaian


Dengan menanam buah tomato tanomkinotuan dapat menjimatkan wang dan wang dapat digunakan untuk membeli barangan dapur lain. Lagi pula ianya sangat segar dan bebas kimia. Adakah pembaca mengemari buah tomato? Cuba menanam tomato di halaman rumah dan nikmati hasilnya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top