Memakan jagung bersama keluarga sambil menonton rancangan kegemaran di hujung minggu adalah satu aktiviti yang  menyeronokkan malah dapat mengeratkan silaturahim sesama keluarga sendiri.

Tanomkinotuan gemar akan jagung tidak kiralah jagung manis (jenis hibrid) atau jagung kampung (heirloom), memakan jagung boleh mengenyangkan dan tidak perlu makan berat dalam tempoh yang lama. Tanomkinotuan pergi ke pekan untuk melansaikan kerja yang diarahkan dan sesudah usai semuanya kerja tersebut berjalan-jalanlah tanomkinotuan di pekan sambil cuci mata dan terlihat pula kedai menjual alat-alat pertanian. Dengan akur badan ini menuruti naluri kaki masuk ke kedai tu. Tanomkinotuan disambut dengan senyuman nyonya yang menawan, selepas membalas senyuman nyonya itu tadi tanomkinotuan langsung ke bahagian menjual benih sayuran. Tanomkinotuan mencapai benih jagung manis berharga RM1.00 sahaja. Selesai jual beli tanomkinotuan keluar dari kedai dengan perasaan yang girang. Sudah dirancang dalam kepala apa hendak dibuat sekembalinya ke rumah nanti.

Menanam jagung amat mudah dan jagung memang sesuai dengan suhu di negara kita. Jagung juga memerlukan cahaya matahari penuh (full sun). Tidak ada kebimbangan akan masalah benih tidak tumbuh (kecuali benih sudah melebihi tarikh luput). Tanomkinotuan gamburkan tanah letak kompos sedikit dan masukkan dua biji benih selubang dan siram. Mudah dan jimat tenaga sebenarnya. Selepas empat hari benih jagung tersebut mula bercambah dengan baik. Tanomkinotuan menanam jagung ini dengan harapan dapatlah menikmati hasil daripada usaha sendiri. 

Sebenarnya kebun dibelakang rumah sudah penuh dengan tanaman yang sedia ada tetapi tanomkinotuan ingin juga menanamnya sambil meninjau tempat yang sesuai maka dengan takdirnya tanomkinotuan menanamnya di tepi kolam, hampir dengan tebing kolam. Maklum sahaja, tanah tersebut merupakan tanah liat yang agak padat dan meleket apabila musim hujan. Namun tanomkinotuan mengembur tanah tersebut hingga hancur dan membuang segala akar, daun kering dan benda asing yang tidak berguna. Seterusnya tanomkinotuan gaulkan bersama kompos setengah kilo bersama tanah hitam (tanomkinotuan mencampurkan tanah hitam untuk kurangkan keleketan pada tanah clay yang sedia ada) serta pasir sungai setengah kilo bagi setiap lubang. 

Pertumbuhan amat galak sekali dan pada masa ini tidak ada serangan penyakit pada tanaman tersebut elok saja tumbuhbesarannya. Genaplah dua bulan pokok jagung berada di kebun belakang rumah, kelihatan pokok jagung mulai mengeluarkan bunga yang menghasilkan buah dan bunga jantannya (bunga terletak di atas sekali). 



Gambar di atas adalah jagung yang ditanam bersendirian dan jauh dari kumpulan jagung yang lain. Ini kerana ruang tanah tidak mencukupi. Namun pokok jagung ini pula memperlihatkan ketinggian yang menakjubkan dan yang pertama mengeluarkan bunga. Tetapi pokok jagung yang satu lagi di belakang sangat-sangat tidak bahagia berada disitu. Jagung amat baik untuk manusia. kandungan fiber dalam jagung tinggi dan ia membantu masalah sembelit. Jagung juga membantu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan kita. Gizi jagung dalam 100g adalah seperti berikut:
  • Kalori - 355 kalori
  • Protein - 9.2 gr
  • Lemak - 3,9 gr
  • Karbohidrat: 73.7 gr
  • Kalsium - 10 mg
  • Fosfor - 256 mg
  • Vitamin A - 510 SI
  • Ferum - 2.4 mg
  • Vitamin B1 - 0.38 mg
Ditanam di kebun getah
Tanomkinotuan juga ada menanam pokok jagung manis di kebun. Kebun yang dimaksudkan oleh tanomkinotuan ialah kebun yang ditanam dengan pokok getah dan ianya masih kecil lagi. Ini kerana ruang menanam di kebun belakang rumah sudah penuh dan terhad. Tetapi tanomkinotuan sangat gembira menanam jagung di sini kerana tanahnya sungguh gembur, subur dan hitam. Tanomkinotuan tidak perlu membuat batas atau mengemburkannya. Cukup sekadar membersihkan tempat menanam dan buat lubang (tanpa menambah kompos) serta masukkan benih jagung. Rumput yang dibersihkan oleh tanomkinotuan dibiarkan sahaja disitu dan tidak membuangnya ke tempat lain kerana ia akan menjadi mulsa kepada jagung tersebut sebagai mengekalkan kelembapan pada tanah dalam jangka waktu yang lama. Ini memberikan ruang yang lebih kepada jagung tersebut untuk menyerap makanan di sekelilingnya. Tanpa air, akar tidak boleh menyerap makanan. Pada hari sabtu lepas baru saja tanomkinotuan membubuh baja subur organik (tinja kambing - sebenarnya di kampung tanomkinotuan, ramai penduduk memelihara kambing dan selalu bertandang ke rumah sambil mengeluarkan najis maka najis, rumah tanomkinotuan sedang direnovation makanya pagar telah dibuka membolehkan binatang ternak bebas masuk keluar di halaman rumah. Bagi emak tanomkinotuan hal ini sangat tidak digemarinya kerana bukan sahaja mengotorkan halaman rumah tetapi mengundang bau busuk, yelah kambing kan...haha. Tetapi bagi tanomkinotuan ianya rezeki percuma yang harus dimanfaatkan sepenuhnya) di sekeliling pokok jagung itu. Dan sabtu depan tanomkinotuan akan melawat semula untuk melihat perkembangan anak pokok jagung tersebut.

Ini bermaksud, tanaman jagung pertama tidak lama lagi akan boleh dituai. Namun bekalan sumber jagung masih ada dan menunggu jagung di kebun ladang getah untuk mengeluarkan buahnya pula. Tanomkinotuan akan menanam jagung yang kali yang ketiga pada minggu hadapan namun akan menanam jagung kampung (jagung pulut atau jagung pandan). Benih jagung ini sudah ada dalam tangan tanomkinotuan tinggal saja disemai. Dengan itu bekalan jagung tidak akan habis di situ sahaja tetapi ia berterusan selagi anda menanamnya secara berurutan sepanjang masa.  

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top