Berbuah lebat |
Tanomkinotuan telah mendapatkan benih kacang buncis tendergreen melalui pembelian online dan menanamnya dalam 6 lubang dengan 2 biji selubang. Selepas 4 hari kesemua benih tersebut bercambah tetapi mati sebelum mengeluarkan daun pertama yang sebenar kecuali satu pokok. Saya telah mengalihkan anak benih pokok kacang buncis itu di batas yang lain dan menjaganya seperti menjaga bayi kecil. Supaya anak pokok kacang buncis tendergreen itu tidak mati. Tanomkinotuan memberiknnya teduhan jaring hitam selama seminggu. Apabila tanomkinotuan merasakan anak pokok kacang buncis tendergreen benar-benar kuat dan tahan dengan pancaran matahari yang kuat, tanomkinotuan telah membukanya dengan harapan pokok ini tumbuh dengan jayanya. Pertama langkah yang dibuat ialah meletakkan mulsa (mulch) pada sekeliling pokoknya serta menambah kompos dan daun-daun kering untuk melembabkan kawasan keliling pokok anak buncis itu agar tidak cepat kering.
Dengan usaha itu nampak ada perubahan, anak pokok kacang buncis tendergreen semakin galak pertumbuhannya. Daun semakin hijau dan sihat. Untuk pertumbuhan yang baik tanomkinotuan telah menaburkan dua gengam kompos buatan sendiri dan kompos teh buatan sendiri 2 minggu sekali. Usaha tanomkinotuan tidak sia-sia. Selang beberapa minggu. Kacang buncis tendergreen yang ditunggu-tunggu mengeluarkan bunga yang pertama, gembira tidak terkata. Setiap minggu bila tanomkinotuan kembali ke rumah tugas pertama yang wajib dilakukan adalah membelek dengan duduk menjangkung di hadapan pokok kacang buncis tendergreen. Terasa lambat buahnya membesar. Inilah rutin tanomkinotuan setiap minggu.
Akhirnya genap sebulan lebih yakni hampir dua bulan buah kacang buncis ini boleh dituai. Penantian selama ini serta kudrat dan keringat menjaga penuh kasih sayang akhirnya dibalas dengan hasil tuaian yang banyak. Walaupun tinggal sepokok tetapi tanomkinotuan amat bangga terhadapnya. Tanomkinotuan berusaha untuk mendapatkan benihnya untuk tanaman pada musim akan datang. Hanya sekali tanomkinotuan tuai hasil buah kacang buncis ini disebabkan niat untuk mendapatkan benih. Dengan benih tersebut tanomkinotuan boleh menanam dengan banyak pada musim akan datang, itulah perkiraan dalam kepala tanomkinotuan.
Inilah benih hasil pokok kacang buncis tendergreen yang lalu. Tanomkinotuan tidak perlu membeli benih untuk crop musim akan datang. Walau bagaimanapun, saiz buah kacang buncis tendergreen dengan jenis kacang buncis lain berbeza di mana buah kacang buncis tendergreen pendek dan kecil. Waktu hendak memasak, tidak perlu dipatah-patahkan atau dipotong ia memang pendek dan boleh saja dimasukkan terus ke dalam mulut dan kunyah.
Ini pula gambar benih generasi kedua, sudah mengeluarkan buah yang banyak. Namun terdapat serangan mahkluk perosak pada daunnya yang kelihatan berbintik putih. Tidak pasti pokok generasi kedua yang lahir di kebun belakang rumah mampu bertahan atau tidak. Hanya masa yang dapat menentukan. Apa kata pembaca yang ingin tercari-cari idea apakah sayuran yanh mahu ditanam di halaman rumah menanam kacang buncis tendergreen.
Info sayuran:
Bahasa Melayu: kacang buncis
Bahasa Kadazandusun: turudui
0 komentar:
Posting Komentar