Pada awal bulan Februari lalu selepas tanomkinotuan bersihkan secara menyeluruh kebun di KBR maka tanomkinotuan menanam sayur-sayuran pilihan seperti kacang panjang, jagung pulut, sawi bunga, sawi kerinting dan zucchini. Selain itu sayuran kegemaran tanomkinotuan juga adalah buncis atau nama saintifiknya ialah Phaseolus vulgaris. Kacang buncis bulat ialah salah satu kacang buncis yang ditanam secara ladang oleh para pekebun di Malaysia. Pokok buncis bulat lebih cepat membesar dan berbuah lebat lebih produktif berbanding variati buncis yang lain. Berikut adalah perkembangan buncis bulat yang ditanam oleh tanomkinotuan berserta gambar.


Pokok buncis berusia 1 minggu. Selepas disemai dan hari ke-5 benihnya mula bercambah. Anak benihnya berwarna ungu keperangan dan berubah menjadi hijau apabila membesar.


Tanomkinotuan meletakkan junjung/kayu penyokong agar mudah pokok buncis memanjat. Tidaklah ia menjalar ke tanah saja. Boleh juga menggunakan tali rafia sebagai penyokong jika susah mendapatkan kayu di tempat anda. Atau boleh juga ditanam di tepi pagar rumah agar pokok buncis memanjat menggunakan pagar tersebut.


Selapas 2 minggu, pokok buncis tanomkinotuan semakin galak pertumbuhan dan merimbun. Pada masa ini, pokok buncis ini sudah mula menjalar. Nasib baik tanomkinotuan letak junjung awal-awal.


Pokok buncis sudah berusia 3 minggu 4 hari. Pokoknya semakin tinggi memanjat hampir melepasi junjung yang disediakan. Masa ini tanomkinotuan tabur kompos dan siram baja cecair ikan serta kompos teh. 



Pokok buncis bulat kini mula mengeluarkan kudup bunga, bunganya berwarna merah jambu denga putih cair di pangkalnya. Waktu pagi adalah masa serangga pendebunga melawat pokok buncis ini seperti lebah.


1 bulan 2 minggu, pokok buncis sudah menghasilkan buah yang cantik dan segar. Tanomkinotuan petik buah yang cukup matang.





Hasil tuaian buncis ungu di KBR, ini adalah tuaian pertama kacang buncis di KBR. Pokok buncis bulat tanomkinotuan selamat setakat ini tanpa gangguan makhluk serangga mahupun ulat. Namun tidak tahu apa akan berlaku masa akan datang. Kita harapkan saja yang terbaik. 

Selamat bertani dan menuai hasil.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top