Ibu tanomkinotuan tidak lupa akan membeli seplastik lobak sekiranya ke pasar. Tetapi selalu merungut akan harganya yang semakin mahal. Memang zaman telah berubah, tandas pun perlu dibayar. Oleh itu, berusahalah dengan bekerja keras untuk mencari duit agar dapat mengejar ekonomi yang semakin meningkat. Seperti peribahasa Dusun 'Monuluk busul tandaha' yang bermaksud sangat awal ke kebun atau Bak kata pujangga 'Sebelum ayam berkokok, sudah berada di kebun'.
Terdetik di hati tanomkinotuan mahu menanam lobak. Dengan niat yang baik ini tanomkinotuan ke pekan untuk mendapatkan benih di kedai pertanian. Setelah usai semuanya kembalilah tanomkinotuan ke rumah. Tanomkinotuan rehat dulu, tidur sebenarnya, haha. Petangnya, tanomkinotuan menyemailah benih lobak yang dibeli tadi pagi. Oleh kerana batas telah tersedia (minggu lepas sudah digembur) maka kurang sikit kerja tanomkinotuan.
Selepas lima hari disemai benih lobak merah mula bercambah. Sungguh bertuah tanomkinotuan dan dapatlah tanomkinotuan pertahankan pendapat yang lobak merah boleh tumbuh di kawasan panas. Sebenarnya ibu dan adik tanomkinotuan gelakkan idea menanam lobak merah ini. Dan kini siapa yang diketawakan... Hahahahaha.
Lobak merah sesuai ditanam pada batas yang digembur dan digaul bersama pasir dan kompos. Batas hendaklah senantiasa lembab sepanjang masa. Lobak merah yang ditanam oleh tanomkinotuan ditanam bersama salad, basil, bawang losun, dan brussel sprout kira compinion plant lah juga dalam satu batas. Lobak merah mampu membesar dengan baik tanpa masalah. Malah musim kemarau panjang dan panas melampau tempoh hari lobak merah di Kebun Belakang Rumah masih mampu bertahan. Sungguh tidak di sangka.
Sebenarnya sifir menanam lobak merah ialah tanahnya. Perlu menggunakan tanah yang sesuai di mana tanah mestilah gembur, tidak meleket ketika hujan dan mengeras ketika kemarau, kandungan pasir dan kompos. Sebaiknya gembur tanah hingga hancur, buang segala bendasing pada tanah terutamanya batu. Tabur serbuk kapur dan gaul merata. Tujuan serbuk kapur ialah supaya menggurangkan keasidan pada tanah seterusnya membolehkan akar lobak menyerap nutrient tanpa masalah. Jika tidak ada serbuk kapur bubuh dengan abu kayu. Fungsinya sama dengan serbuk kapur. Seterusnya bubuh kompos ke batas dan gaul merata. Jangan bubuh tinja binatang terlalu banyak kerana kandungan nitrogen pada batas menyebabkan daun merimbun dengan subur tetapi isinya sebesar pensil, ketot dan bercabang. Batas tersebut juga digaul dengan pasir sungai agar serapan air mudah masuk ke dalam batas. Batas harus tinggi melebihi satu kaki bagi mudah isi lobak masuk ke dalam.
Sekiranya anda mempunyai topsoil letakkan secara merata di atas batas. Peat moss dan serbuk kulit kelapa atau cocopeat juga boleh digaul dalam batas. Ia berfungsi untuk mengekalkan kelembapan di mana peat moss mampu menyerap air dengan baik. Semai lobak anda dengan membuat dua atau tiga alur memanjang dengan kedalaman kira-kira 1/4 (ikut saiz batas anda). Jarak antara alur lebih kurang 6 hingga 10 inci. Timbus semula alur tersebut dan siram dengan air. Tambahan dari tanomkinotuan (tapi tidak pernah dipraktikkan, ni pekebun sambilan dari negara Barat selalu menggunakan cara ini) di mana selepas disiram tutup dengan plastik lutsinar atau kain nipis yang boleh ditembusi oleh cahaya bagi mengekalkan haba sesuai untuk percambahan benih lobak. Selepas tiga hari jenguk-jenguklah batas anda. Bila mana benih lobak dah keluar dari tanah barulah plastik lutsinar itu di buka. Plastik tersebut mesti ditekapkan ke tanah batas, bukan seperti yang dilakukan sebagai teduhan.
Lobak merah sudah boleh dituai selepas 65 hingga 75 hari selepas di semai mengikut variati, ada jenis lobak yang matang sehingga 95 hari. Pastikan anda tahu variati dan jenis lobak yang ditanam agar boleh mengetahui tempoh matangnya. Untuk mengetahui lobak tersebut matang ialah dengan mengukur ukur lilit pada isi lobak. Caranya korek sedikit tanah dan lihat sama ada isi lobaknya besar atau bersaiz kecil. Jika ukur lilit lobak berdiameter kecil jangan cabut. Tetapi lobak variati imperor mempunyai ukur lilit kecil namun sudah boleh dituai kerana lobak variati imperor adalah jenis lobaknya kurus dan sangat panjang. Lobak yang baik ialah pokok dan dahannya kurus tetapi sihat manakala lobak yang daunnya rimbun dan batang dipangkalnya besar, adalah lobak yang tidak berisi atau jika berisi pun lobaknya bercabang serta ketot/terbantut.
Bagi tanomkinotuan menuai lobak terus cabut dari tanah, tidak memerlukan alatan. Tetapi sebaiknya guna alat sesuai untuk mengorek lobak. Sama ada guna serangkap tangan (ni guru KH tahu menatang ni) atau alat yang sesuai. Caranya benamkan serangkap tangan ke dalan tanah jauh sedikit dari isi lobak dan korek sehingga tanah batas pecah. Ini memudahkan anda mencabut isi lobak anda.
Memang berbaloi menunggu ketibaan menuai lobak tanam sendiri. Usaha selama ini membuahkan hasil. Anda bolehlah memasak lobak tanam sendiri mengikut resepi kegemaran anda. Umumnya, lobak boleh tumbuh di kawasan kita. Yang penting tanah harus diberi perhatian sewajarnya. Sekiranya setiap orang menanam lobak kita mampu menjimatkan wang dapur.
Selamat bertani dan menuai hasil...

0 komentar:
Posting Komentar