Antara sayur yang mudah tumbuh pada apa-apa jenis tanah dan mampu bertahan dalam cuaca panas atau musim hujan. Sayur yang dimaksudkan ialah sayur cekur manis atau selalu dipanggil sebagai sayur manis sahaja oleh penduduk tempayan di sini. Sayur ini berbatang dan berdaun hijau, saiz daun kecil bujur dengan setiap daun selari kiri dan kanan. Boleh mencecah 5 kaki hingga 10 kaki jika tidak dipangkas. Tunas baru akan muncul sekiranya dipangkas pokok yang lama dan inilah yang dipetik untuk dibuat sayur.
Lazimnya sayur cekur manis ditanam melalui keratan batang. Rasa dan strukturnya lembut dan mempunyai sedikit bau yang tidak berapa kuat. Cekur manis mengeluarkan buahnya pada tangkai daun dibawah. Berwarna putih ketika muda dan berubah ke warna merah hati apabila matang. Rasa cekur manis seakan-akan sama dengan rasa daun pokok kelor atau moringa.
Ibu tanomkinotuan telah membeli dua ikat sayur cekur manis ini di pasar untuk santapan tengahari. Terfikir tanomkinotuan bahawa jika ditanam batang tersebut maka tidak perlu membeli lagi sayur ini kerana ada ditanam di belakang rumah. Malah cekur manis senantiasa menghasilkan tunas baru sekiranya rajin cantas atau memetik tunas sedia ada. Ia mampu bertahan 10 hingga 15 tahun sekiranya tanpa gangguan. Sayur cekur manis juga boleh hidup dalam hutan dan tidak akan mati.
Tanpa berfikir panjang tanomkinotuan mengambil kesemua batang tersebut dan merendamnya dalam air hingga seminggu. Apabila batang cekur manis sudah berakar tanomkinotuan alihkan ke tanah di Kebun Belakang Rumah. Tanomkinotuan tidak membuat batas hanya korek tanah, tanam dan timbus. Tanomkinotuan tidak lupa untuk menyiramnya. Sayur cekur manis menyukai sinaran matahari secara penuh untuk daun yang cantik dan tahan walaupun tidak disiram seminggu.
Apabila tunas pertama cekur manis mula tumbuh biarkan dahulu ia membesar. Sekiranya tunas tersebut sudah mencecah 2 kaki atau lebih, bolehlah dipetik dan tunas baru dari batang yang dipetik itu tadi akan mengeluarkan tunas baru malah semakin gemuk dan subur. Tanomkinotuan telah menuai hasil cekur manis selepas dua bulan setengah. Lebih banyak hasilnya dari induknya yang terdahulu. Terfikir tanomkinotuan bahawa jika dahulu tanomkinotuan sudah menanamnya alangkah bagusnya. Sayur cekur manis mampu memberikan tunas-tunasnya sepanjang masa. 4 hari dari mula dipetik sudah boleh dituai untuk seterusnya.
Walau bagaimanapun. Jika anda ingin menanam sayur ini perlulah mengembur tanah untuk menanam. Bubuh kompos pada tanah yang digunakan untuk menanam. Tanam sebatang atau dua batang dalam satu lubang dengan jarak 2 setengah kaki sehingga 3 kaki. Sekiranya usia cekur manis anda sudah mencecah 3 hingga 4 minggu bubuh baja subur organik untuk mempercepatkan pertumbuhannya. Keratan batang cekur manis boleh tumbuh secara langsung walaupun tidak direndam untuk mengeluarkan akarnya terlebih dahulu jika ditanam pada musim hujan. Namun jika ditanam pada musim kemarau harus merendamnya terlebih dahulu hingga berakar. Rendap keratan batang cekur manis dengan air kira-kira dua setengah inci paras air. Ini mengelak dari keratan cekur manis membusuk dan mati.
Selalunya penyakit sering berlaku kepada pucuk pokok cekur manis di mana daunnya akan mengerekot dan keriting disebabkan oleh serangan makhluk perosak. Cara pencegahan ialah petik tunas-tunas yang diserang dan musnahkan. Tunas baru akan tumbuh dengan pucuk daunnya sihat dan subur.
Sayur cekur manis enak dimakan, campurkan segenggam daun cekur manis pada madakan telur dadar anda, ia memberikan rasa dan bau yang unik. Atau dicampurkan dalam masakan berasaskan sup. Memang mengujakan. Kini tanomkinotuan sudah tidak perlu membeli sayur ini, bekalan sentiasa menyukupi untuk kami sekeluarga. Sayur cekur manis boleh juga ditanam dalam pasu. Ia hidup subur jika dibubuh baja secukupnya dan disiram selalu. Jadi apa kata pembaca menanam keratan batang sayur cekur manis di halaman rumah anda.
0 komentar:
Posting Komentar