Pengemar sayur hijau diperkenalkan satu lagi variati sawi bunga yang popular di luar asalnya seperti di USA dan Eropah. Sayur ini berasal dari negara Jepun dan ianya dipanggil sawi komatsuna yang banyak ditanam di tiga buah negara seperti di tempat asalnya sendiri iaitu Jepun, Taiwan dan Korea. Nama English bagi sayur ini ialah Japenese mustard spinach, walaupun komatsuna tidak mempunyai rasa dan struktur sama dengan spinach yang lebih kepada rasa mild flavour (rasa lembut atau sederhana). Tanomkinotuan telah mendapatkan benih dan menanamnya di kebun belakang rumah. Bagi tanomkinotuan komatsuna ini spesis sawi bunga dengan daunnya yang berwarna hijau gelap, berbatang dan sesuai dimakan sebagai salad.
Komatsuna merupakan sayuran yang tergolong dalam kumpulan genus brasica (mustard) dengan nama saintifiknya ialah brasica rapa var. Komatsuna. Jenis sayuran yang hidup secara mudah di kawasan tropika dan suhu sederhana. Sayur komatsuna sangat sesuai kepada beginner dalam aktiviti berkebun di mana sayur ini tidak banyak penjagaan dan mudah tumbuh. Sebab itu, tanomkinotuan tidak perlu memberi perhatian sewajarnya cukup untuk memberikan baja dan air secukupnya. Di negara kita sayur komatsuna boleh disemai sepanjang tahun ekoran cuaca yang panas dan lembab sepanjang tahun.
Ia sesuai ditanam bersama sayuran jenis lain di mana tanomkinotuan menanamnya bersama sawi kerinting, sayur mibuna hijau, pak choi ruby ungu, dan pak choi hijau dalam satu batas. Sayuran ini tumbuh galak dan masa ini tidak ada makhluk perosak yang singgah untuk menikmati daunnya yang segar. Mungkin mereka hendak beri laluan kepada empunya badan untuk menikmati sayuran yang pertama kali ditanam di belakang rumah. Walaupun tanomkinotuan tidak merasanya ekoran berada di tempat bertugas yang jauh dari rumah, emak tanomkinotuan ada memberitahu bahawa sayur komatsuna memang sedap, lembut dan agak manis sedikit. Ini membanggakan tanomkinotuan bahawa segala jenis sayuran yang dipilih untuk ditanam di kebun belakang rumah semuanya menepati citarasa keluarga.
Namun tanomkinotuan agak terkilan kerana hanya membeli satu pek sahaja. Jika tidak, bolehlah menanam komatsuna lagi untuk sayur yang tidak putus-putus sumber bekalannya. Ini kerana sayur komatsuna kaya dengan sumber kalsium satu-satunya sayuran hijau yang membekalkan kuantiti kalsium yang banyak berbanding sayuran lain. Mengandungi zat besi dan vitamin C. Bagus untuk mengekalkan kecantikan dan mengurangkan kesan anemia dalam badan. Pada masa akan datang, tanomkinotuan akan menanam komatsuna dengan banyak di Kebun Belakang Rumah.
Boleh ditanam di halaman rumah sama ada ditanam terus di atas tanah atau boleh juga ditanam dalam pasu yang diletakkan di tempat full sun (menerima cahaya matahari yang cukup). Sayur ini boleh dimakan sebagai salad (di negara Barat mereka memakannya sebagai salad) atau masak tumis mengikut kesukaan pembaca. Ia juga sesuai dicampur dalam mee goreng atau dibuat sup. Rasa manis pada sayur ini memberikan rasa yang baik dalam masakan.
0 komentar:
Posting Komentar