Sawi bak choy atau juga dikenali sebagai Sayur Putih Taiwan ini banyak ditanam di negara kita secara komersil di kawasan tanah tinggi seperti Cameron Highland and Kundasang. Tanomkinotuan sering menanam sawi daun ini di Kebun Belakang Rumah sebagai sayur pilihan untuk dapur. Sayur ini juga dikenali sebagai chinese cabbage atau white cabbage, nama saintifiknya ialah brasica shinensis yang beradal dari negara China kini meluas ditanam di sebahagian negara di dunia.

Tanomkinotuan gemar menaman sayur ini kerana cepat membesar dan matang. Ia boleh dituai dalam tempoh 35 hari sahaja. Sekiranya batas penanaman cukup nutrient dan kelembapan pertumbuhan sayur ini cukup cantik tanpa gangguan dari serangga perosak. Sayur ini mempunyai warna hijau muda, berbatang pendek dan batang sedikit lebar dipangkalnya dan struktur lembut pada rasanya.

Lazimnya tanomkinotuan menyemai benih bak choy pada tanah dan menanamnya semula pada batas yang disediakan. Ini kerana benih sayur ini mudah bercambah di mana-mana asalkan tanah tersebut cukup zat makanan malahan benih bak choy boleh bercambah pada tanah jenis clay yang digaul dengan kompos kelapa sawit. Bak choy hijau boleh hidup subur di kawasan tinggi mahupun tanah rendah terutamanya taman perumahan. Ia boleh beradaptasi dengan cuaca sejuk mahupun cuaca panas.

Iklim negara kita mengalami kitaran panas dan lembab sepanjang tahun. Ini bermakna kita boleh menanam bak choy pada bila-bila masa sahaja. Cuma pada musim panas pastikan sayur bak choy disiram dua kali sehari dan bubuh baja organik fertilizer. Umumnya, tanah yang sesuai untuk menanam bak choy ialah jenis tanah gambur berpasir. Akar bak choy jenis halus dan tanah gembur berpasir sesuai untuk akar bak choy bergerak bebas. 

Bak choy sesuai di masak tumis atau dicampurkan dalam makanan berasaskan sup. Bagi tanomkinotuan memasak sayur bak choy sangat mudah hanya celurkannya ke dalam air mendidih lebih kurang 4 hingga 5 minit, untuk mengekalkan warna hijau pada daunn ya tambah sesudu minyak makan ke dalam air yang mendidih. Tanomkinotuan akan membuat sos tiram pedas dan tuang ke atas sayur bak choy yang dicelur tadi. Tanomkinotuan makan bak choy celur bersama nasi putih bario dan fellet ikan goreng yang di gaul dengan tepung... Sunguh menyelerakan.

Apa kata pembaca di luar sana mencuba menanam variati sayur bak choy di halaman rumah. Rasai kesegaran sayur tanam sendiri dalam hidangan seisi keluarga.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top