Terdapat satu lagi baja yang sangat bernilai dan banyak manfaat kepada tanaman kita iaitu baja kompos teh, ia adalah organik dan mesra alam. Baja kompos teh ialah baja cecair yang dihasilkan melalui penambahan air pada kompos dan dioksigenkan menggunakan pam udara sehingga tempoh tertentu kompos teh akan menghasilkan mikrob baik di dalamnya. Ia berguna kepada tanaman kita dengan membekalkan nutrisi yang cukup. 

Untuk membuat kompos teh kita harus memilih kompos sedia ada yang berkualiti dan baik. Ini kerana kualiti kompos tersebut akan menentukan kualiti kompos teh pula. Terdapat beberapa kompos yang boleh kita guna sebagai bahan asas dalam membuat kompos teh iaitu; 

1. Kompos tinja binatang yang diproses (dibeli)

2. Kompos tumbuhan yang diproses (dibeli)

3. Kompos buatan sendiri

4. Tinja cacing tanah (dibeli atau cari sendiri)

5. Lapisan atas tanah kebun

Senarai di atas adalah contoh-contoh bahan asas untuk membuat baja kompos teh. Berikut adalah cara membuat baja kompos teh;

Bahan-bahannya:

1. Satu mangkuk besar kompos, apa-apa jenis kompos

2. 1 baldi air tanpa klorin (jangan terlalu penuh)

3. Setengah mangkuk gula perang

4. 1 buah pam aquarium

5. 1 Baldi sederhana besar

6. 1 buah Penapis

Cara-cara membuatnya:

1. Isikan satu baldi air tanpa klorin, jika menggunakan air berklorin pastikan ia didedahkan dengan sinaran matahari dan udara semalaman untuk membebaskan klorin ke udara.

2. Dalam bekas yang lain, tambahkan air pada kompos gaul hingga sebati dan unggu selama 5 minit, tapis kompos untuk mengasingkan air dan sisa kompos yang tidak larut. Cecair tersebut dimasukkan ke dalam baldi berisi air tadi. Gaul hingga sebati.

3. Masukkan setengah mangkuk gula perang dan sebatikan dengan mengacau perlahan-lahan.

4. Pasang pam aquarium (semua jenis pam aquarium boleh digunakan) yang dimasukkan ke dalam baldi. Biarkan proses ini berjalan sehingga buih-buih di atas permukaan terhasil.

5. Jangka masa proses membuat kompos teh ialah harus melebihi 4 jam. Kerana tempoh ini sudah wujud dan pembiakan mikrob baik telah berlansung. Makin lama proses tersebut maka lebih berkualiti kompos teh anda. Jika anda memproses kompos teh pada pagi (jam 9 pagi) anda boleh menggunakan kompos tersebut pada sebelah petang (jam 4 hingga 5 petang) atau anda proses hingga keesokan harinya.

Pam aquarium penting untuk membekalkan gelembung-gelembung yang membekalkan oksigen dalam air. Makin banyak oksigen terhasil maka pembiakan mikrob baik dapat dihasilkan. Kompos teh yang baik harus berbau tanah dan bukan busuk. Jika kompos teh anda busuk bermaksud kompos tersebut telah dibiaki oleh mikrob jahat yang boleh merosakkan tanaman anda. Jika demikian, buang kompos teh itu dan buat sekali lagi.

Cara menggunakan baja kompos

Kompos teh yang telah sempurna bolehlah disiram atau spary pada tanaman. Ambil satu cawan penuh kompos teh dan masukkan ke dalam baldi air. Tambah dua galen air kacau hingga sebati. Siram kepada tanaman anda. Bagi pembaca yang pertama kali membuat baja kompos siram tanaman anda selama 3 hari berturut-turut dan selepas itu siram tanaman anda dengan kompos teh selang dua minggu. Kebaikan kompos teh sangat tinggi kepada tanaman ia bukan sahaja membekalkan makanan tetapi menghindari tanaman daripada makhluk perosak.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top