Bawang losun |
Kali ini tanomkinotuan ingin memperkenalkan kepada pembaca satu lagi variati bawang yang meluas ditanam di Sabah khususnya daerah-daerah pedalaman. Bawang yang dimaksudkan ialah bawang losun atau tomboutung oleh suku kaum Dusun dan Kadazan. Bawang losun adalah berdaun halus memanjang, berwarna hijau dan mempunyai ruang/lubang pada daun di dalamnya sama seperti daun bawang sup. Cuma daun sup menegak ke atas semasa dalam pertumbuhan manakala daun bawang losun melengkung ke bawah. Isinya berwarna putih dan melebihi 10 ulas mengikut usianya. Bawang ini mempunyai bau dan rasanya cukup kuat. Bawang losun enak dimasak tumis dengan dicampurkan bersama lada putih (lado topurak) dan ikan masin kurau. Bawang losun juga sedap dibuat sambal dengan perahan limau nipis dan digaulkan dengan cili padi dan diperasakan dengan garam secukupnya. Bawang losun ini mudah didapati di pasar minggu atau pasar malam dengan harga RM2 ringgit seikat.
Tanomkinotuan kurang pasti asal usul bawang losun ini. Mungkin juga bawang ini terdapat di tempat-tempat lain dengan nama yang berbeza-beza mengikut bahasa sendiri. Bawang losun mudah tumbuh pada semua jenis tanah. Namun tanah paling sesuai ialah tanah loam yang kaya dengan nutrient. Ia memerlukan nutrient yang banyak untuk pertumbuhan yang galak.
Tanomkinotuan menanam bawang ini di setiap musim kerana tidak mahu bekalan bawang losun terputus. Bawang losun sesuai ditanam bersama sayuran berdaun lain seperti sawi ong king, sawi putih, dan sawi bunga. Ia juga sesuai ditanam bersama semua jenis salad namun tidak sesuai ditanam bersama pokok lada dan pokok mentimun kerana pokok lada dan timun menyerap nitrogen dengan banyak mengakibatkan bawang losun tidak tumbuh dengan baik.
Cara mendapatkan bawang losun untuk ditanam ialah mudah, beli bawang losun di pasar minggu atau pasar malam yang ada menjual bawang jenis ini. Potong daunnya hingga pangkal pokoknya. Daun tersebut bolehlah dimasak mengikut resepi kesukaan sendiri. Batang bawang losun yang berakar inilah yang akan ditanam tetapi sebelum itu, biarkan dahulu batang akar bawang losun selama seminggu dan barulah tanam. Jangan bimbang jika batang berakar bawang losun itu menampakkan kekeringan kerana batang berakar bawang losun mampu bertahan sebulan walaupun tidak ditanam. Walau bagaimanapun, kesemua daun dan isi bebawang pada bawang losun boleh dimakan.
Bawang losun tidak perlu dijaga seperti menjaga sayuran lain kerana bawang ini sangat tahan dengan cuaca panas dan mampu hidup dengan baik walaupun seminggu tidak disiram. Walau bagaimanapun, bawang losun akan layu dan mati jika terkena hujan lebat selama 3 hari berturut-turut dengan tempat menanam ditakungi air. Maksudnya bawang ini tidak menyukai kawasan yang menakung air. Oleh itu jika kawasan menanam sering ditenggalami air (menakung air) buat batas untuknya. Tanah haruslah lembab senantiasa dan bukan menakung air. Cukup memberikan baja organik seperti kompos atau tinja binatang. Baja urea juga boleh digunakan tetapi pastikan tidak terkena pada pokoknya. Terdapat dua kaedah yang boleh digunakan oleh pembaca untuk menanam bawang losun ini iaitu tanam terus pada tanah atau batas dan kedua ialah tanam dalam pasu. Jika menanam pada batas harus mengemburkan terlebih dahulu tanah dan gaul dengan kompos. Tanam batang berubi bawang losun ini pada kedalaman kira-kira 2 inci ke dalam tanah dan jarak antara pokok/lubang ialah 15 cm. Siram selepas selesai menanam.

Bagi pembaca yang mahu kelainan, cuba menanam bawang ini di halaman rumah anda. Jika anda menanamnya dalam pasu dengan jumlah yang banyak. Ia boleh dijadikan hiasan untuk halaman rumah anda dengan daun-daunnya seperti rerambut berjuntaian. Namun bawang losun tidak mempunyai bunga. Keenakan dan haruman bawang ini cukup menyelerakan.
Isi bawang losun yang berwarna putih boleh dijadikan bawang goreng jika tidak ada bawang merah dan bawang putih tetapi tidaklah sebaik bawang merah yang harum. Selain itu isinya juga dibuat jeruk dengan direndam dengan cuka dan garam. Bawang losun salah satu bahan dicampur ke dalam jeruk bosou (pekasam sabah) dan sambal cili api.

0 komentar:
Posting Komentar