Salam 1Malaysia...

Tentu ramai di luar sana meminati aktiviti berkebun bagi mengisi masa lapang. Bagi tanomkinotuan aktiviti berkebun adalah salah satu terapi untuk menenangkan minda selepas seharian bergelumbang dengan tugas di tempat kerja, apabila terlihat saja sayuran yang hidup subur segala kekusutan dan tekanan dalam minda lesap. 

Kali ini tanomkinotuan menceritakan satu lagi jenis sayuran berdaun yang dikenali sebagai sawi bak choy ungu atau bak choy ruby F1. Sayur bak choy ungu adalah sama dengan bak choy hijau yang banyak dijual di pasaraya atau di pasar, cuma bezanya ialah bak choy ungu berdaun ungu muda dan batang pangkalnya tidak sebesar bak choy hijau. Walau bagaimanapun, ia menjadi ungu pekat dengan urat daun berwarna hijau jika ditanam di kawasan bersuhu sejuk. Oleh kerana kawasan tempat tinggal tanomkinotuan bersuhu panas maka warna daunnya tidak begitu pekat.

Kejayaan menanam sayur bak choy hijau dahulu memberikan inspirasi pada tanomkinotuan untuk mencuba menanam variati bak choy yang lain. Oleh kerana masa itu adalah musim pengakhiran untuk menuai sayur daun maka apalah salah untuk tanomkinotuan menyemai benih bak choy ini. Nanti boleh dituai dan dimakan lagi pula tanomkinotuan belum ada pengalaman menanam sawi bak choy ungu, kira ini kali pertama. 


Seperti biasa, media semaian mesti menggunakan nisbah 2:1:1 di mana campuran tanah loam (maksud tanah loam adalah jenis tanah peroi, berderai. Tidak meleket dan tidak menakung air yang banyak), baja kompos dan pasir sungai (pasir laut tidak sesuai kerana kandungan garam pada pasir laut mengakibatkan tumbuhan tidak tumbuh dengan baik). Nisbah ini digaul hingga sebati dan masukkan ke dalam bekas seperti pasu, kontena kecil atau polibag. Pembaca juga boleh menggunakan bekas tapperware dengan syarat perlu dicuci hingga bersih. Biji benih bak choy ditabur merata di atasnya. Jangan lupa siram media semaian dengan air yang cukup.

Lazimnya bagi benih bak choy yang sihat akan memulakan percambahan di hari kedua dengan kemunculan akarnya. Dan percambahan matang di hari 4 hingga 6 hari. Selepas dua minggu anak pokok bak choy sudah boleh dipindahkan ke batas yang disediakan atau pembaca mahu ia ditanam di pasu yang lebih besar pun tiada masalah.

Di kebun belakang rumah, bak choy ungu sudah boleh dituai dalam tempoh 35 hari. Struktur rasanya yang lembut dan sederhana, sesuai dimakan sebagai salad ataupun dimasak tumis. Ia juga sesuai dicampurkan dengan mee goreng atau nasi goreng. Bak choy ungu mempunyai rasa yang sama dengan bak choy hijau yang lain. 

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top