Permulaan tahun 2015 ini memperlihatkan usaha menanam sayur-sayuran di kebun getah (KG) ini telah menampakkan hasil. Cuti sebulan lebih telah tanomkinotuan gunakan dengan sebaik-baiknya. Kebun Belakang Rumah (KBR) masih berfungsi seperti biasa tetapi terlalu padat dengan tanaman. Seperti pokok lada hijau di KBR masih mengeluarkan hasil, begitu juga dengan tomato brandywine, cili bomb ceri dan lada topurak juga galak berbuah, pokok pegaga semakin membanyak dan tidak habis dimakan. Begitu juga dengan pokok mulberri di KBR, sudah mula mengeluarkan buah di mana buah pertama di tahun baru selepas ditanam pertengahan tahun lepas. Jadi alternatif tanomkinotuan menggunakan KG sebagai tempat untuk menanam sayuran pilihan selain di KBR. Ini bermakna tanomkinotuan boleh berkongsi pengalaman kepada semua persamaan dan perbezaan menanam di halaman rumah dan juga di kebun.

Berikut adalah sayuran yang sedang galak tumbuh di KG;


Sengkuang cina, baru berusia 3 minggu lebih. Sengkuang cina sesuai tumbuh dengan iklim di negara kita. Ia juga sesuai ditanam dalam pasu.



Kacang buncis ungu atau franch bean burgundy. Galak pertumbuhannya, tidak lama lagi junjung perlu disediakan.


Bayam hijau daun bulat juga hidup selesa di KG. Bayam ini sudah boleh dituai, tumis atau campur dalam sup ayam. Memang sedap.


Anak pokok tomato brandywine, baru berusia 2 minggu. Ni tempatnya menanam pokok jagung manis dahulu.


Batad thailand, buahnya berbentuk spera dan bersaiz besar berbeza dengan batad tempatan yang berbentuk bujur. Ia tergolong dalam kumpulan timun dosakkai.


Kacang buncis manis (long franch bean sweet) gagah memanjat junjung yang disediakan.


Jagung manis ditanam pada awal bulan Disember Yang lepas. Maknanya ia sudah berusia hampir  sebulan.



Timun cina bersama-sama ditanam pokok jagung manis. Sudah mula mengeluarkan bunga jantan dan tidak lama lagi akan mengasilkan buah.


Pokok sayur kangkung sangat subur dan lebar daunnya. Kangkung di KBR tidak selebar ini. Ianya sudah boleh dituai. Petik dan tunas baru akan muncul.



Keladi cina, ditanam menggunakan anak keladi. Berusia sebulan. Keladi mengambil masa 6 bulan untuk dituai.




Antara variati keledek ditanam di KG, keledek jepun ungu dan keledek hibrid kuning.


Bawang losun, baru berusia 3 minggu. Bawang ini adalah wajib ditanam kerana ia banyak kegunaan dalam masakan.


Kacang botor atau kecipir yang ditanam bulan Oktober yang lepas. Pertumbuhannya sangat perlahan tetapi jangka hayatnya pula panjang aka lambat mati.


Pokok halia semakin besar. Halia adalah rempah masakan yang sering digunakan. Tanpa halia sup kambing atau tulang lembu tidak bermakna. Pokok halia juga sesuai ditanam di dalam pasu, pilih pasu bersaiz besar.


Ini pula pokok basil afrika, benih diambil dari pokok pertama yang ditanam di KBR. Galak pertumbuhannya.


Pokok terung ungu, sudah 2 kali dituai. Walaupun ketot pertumbuhannya tetapi tidak menjejaskan penghasilan buah yang cantik.


Pokok serai yang sudah mula tumbuh. Serai adalah jenis herba yang dicampurkan dalam masakan atau dibuat air teh.


Ini adalah pokok kacang tanah yang masih kecil ditanam pada 23 Disember 2014. Baru berusia 14 hari. Kacang tanah ini akan dituai pada 23 Mac 2015 di mana,mengambil masa selama 3 bulan.

Tanaman ini membekalkan hasil pada tahun ini selain sayuran yang di tanam di KBR seperti sawi bunga, sawi putih, sawi putih taiwan, bayam, lada hijau, timun cina, pegaga, tomato brandywine, tomato ceri, petola ular, kacang panjang dan sayuran jenis salad. Ini bermaksud tahun ini atau 6 bulan berikutnya KBR dan KG mampu membekalkan pelbagai sayuran untuk rumah tanonkinotuan. Jimat wang dan wang boleh digunakan untuk membeli bekalan protein dengan jumlah yang banyak. Jom bertani di halaman rumah, amalkan pertanian organik untuk kesihatan bersama.

Selamat berkebun dan menuai hasil.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top