Sayur sawi bunga kampung adalah sayuran berdaun berwarna hijau yang banyak dimakan oleh rakyat Malaysia.  Variati ini adalah variati yang pertama sampai ke negara kita dan memenuhi ruang pasar, supermarket dan pasar malam. Kini pelbagai variati sawi bunga boleh diperolehi dan sawi jenis ini semakin terpinggir. Sayur sawi ini ditanam meluas oleh pekebun-pekebun kecil untuk dagangan atau di pasarkan kepada pemborong berhampiran. Sayur sawi juga ditanam oleh pekebun sambilan di halaman rumah dan juga ditanam di pasu. Sayur ini cepat matang dan boleh dituai selepas 3 hingga 4 minggu.

Setiap musim tanomkinotuan akan menanam benih sawi bunga kampung ini di Kebun Belakang Rumah kerana sambil menunggu sayur lain matang, sayur ini sudah pun boleh dituai dan dimakan. Boleh saja dicampurkan dengan gorengan ikan masin atau dicampur dalam mee goreng. Memang sedap.

Menanam sawi bunga sangat mudah, hanya semai pada tanah gembur yang digaul bersama kompos atau tinja binatang. Tabur benih di atas batas atau pasu dan anak pokok sawi bunga ini bolehlah dipindahkan selepas 14 hari. Tanam anak pokok sawi dengan jarak 8 inci hingga 10 inci di antara pokok. Lakukan penyiraman dan tutup mengunakan jaring hitam selama 7 hari, anak pokok sawi bunga yang baru ditanam sensitif terhadap cahaya terik.

Oleh kerana tanah batas tanomkinotuan jenis tanah liat. Tanomkinotuan campur dengan kompos kelapa sawit dengan jumlah yang banyak dan ditambah dengan tanah kebun sedikit sebagai lapisan atas, kira macam topsoil lah fungsinya. Sesudah itu tanomkinotuan dedahkan batas tersebut kepada cahaya matahari selama 7 hari agar mikroorganisma berbahaya dapat dihapuskan. Barulah tanomkinotuan tanam benih sawi kampung di atas batas tersebut.

Seronok sekali bagi menuai hasil sawi ini. Usaha berbudi pada tanah membuahkan hasil yang sepatutnya. Ia bukan saja mendapat sawi under spot tetapi juga dapat menyihatkan badan dengan pergerakan yang banyak di Kebun Belakang Rumah.


0 komentar:

Posting Komentar

 
Top