Benih tanaman semestinya disemai menggunakan media semaian yang berkualiti, senantiasa lembab, peroi atau gembur. Kombinasi media sebegini cukup lengkap untuk percambahan benih yang baik. Oleh yang demikian, media campuran benih-awal atau seed-starting mixes adalah salah satu media yang dicipta khas paling sesuai untuk percambahan benih. Apakah campuran benih-awal? Bagaimanakah menghasilkan campuran benih-awal ini?

Anda boleh mendapati campuran benih-awal yang sudah lengkap di nusery atau kedai pertanian berhampiran atau membeli secara online terutamanya di Amazon.com. Namun anda boleh membuat campuran benih-awal dengan mudah dan cepat. Berikut adalah tiga resepi bagaimana menghasilkan campuran benih-awal untuk semaian benih anda.


1. Campuran benih-awal dengan kompos

a. Tiga bahagian kompos daripada tumbuhan hijau atau tahi haiwan.

b. Dua bahagian peat moss atau sabut kelapa (cocopeat)

c. Satu bahagian perlite

d. Satu bahagian vermiculite

Masukkan bahan-bahan di atas dalam satu bekas yang besar dan bersih. Gaul bahan-bahan tersebut hingga sebati. Bolehlah campuran benih-awal itu digunakan untuk menyemai.

2. Campuran benih awal tanpa kompos

a. 1 bahagian peat moss atau cocopeat

b. 1 bahagian perlite

c. 1 bahagian vermiculite

d. 1/4 sudu kecil serbuk kapur (lime)

Caranya, campurkan kesemua bahan-bahan di atas dalam satu bekas dan gaul sebati. Bolehlah digunakan untuk menyemai benih.


3. Campuran benih-awal dengan sebuk cacing

a. 8 bahagian peat moss atau cocopeat

b. 2 bahagian serbuk cacing

c. 2 bahagian perlite

d. 1 bahagian vermiculite

e. 1/4 sudu kecil serbuk kapur atau lime

Masukkan kesemua bahan ini ke dalam bekas dan gaul sebati. Bolehlah digunakan untuk menyemai benih.


Penerangan tentang bahan di atas.

1. Peat moss

Ialah tumbuhan lumut sphagum yang dikompos hingga hancur. Berfungsi menyerap air dan kelembapan serta menjadikan campuran media gembur dan peroi. Mudah dibeli di kedai pertanian berhampiran.

2. Cocopeat / coir

Ialah bahan yang diperbuat daripada sabut kelapa. Sama fungsi dengan peat moss. Mudah dibeli di kedai pertanian berhampiran.

3. Perlite atau abu vulcano

Ialah abu volcano yang terhaba pada suhu tinggi, putih seperti kristal. Berfungsi untuk meringankan media campuran serta menjadikan media gembur dan peroi. Dibeli secara online jika tidak ada dijual di pasaran.

4. Vermiculite

Ialah bahan mineral yang dijumpai pada produk yang diubahsuai dalam mica atau mineral lain dan berfungsi sebagai mengekalkan kelembapan dan memberi liang-liang pada media bagi pengudaraan yang baik. Dibeli secara online jika tidak ada dijual di pasaran.

5. Kompos

Membaikpulih media dan membekalkan nutrisi.

Anda boleh menggunakan salah satu cara membuat campuran benih-awal di atas untuk semaian benih anda. Ia cukup gembur, peroi dan mudah terlerai jika kering. Oleh itu senantiasa spray atau siram agar kelembapan berkekalan. Penting dimaklumkan bahawa peat moss menyerap air dengan banyak maka jangan terlalu disiram agar media tidak terlalu basah. Boleh dibeli di kedai pertanian berhampiran.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top