Ramai pembaca di luar sana mengemari sayur salad sebagai santapan yang enak dan lazat. Tidak perlu susah-susah memikirkan resepi memasak. Pisah-pisahkan daun salad, cuci sebersihnya, susun dalam pinggan dan ready untuk di makan sama ada dituang bersama minyak zaitun dan tabur biji bijan atau dijadikan topping daging atau bahan lain gaya orang-orang Korea. Lebih bagus jika terdapat sepokok dua pokok salad di halaman rumah atau tanam pelbagai jenis salad, ia bukan saja membekalkan sayuran sihat tetapi sebagai hiasan yang mempersona dan menarik.

Tahukah anda bagaimana menyemai benih salad? Disini tanomkinotuan berkongsi kepada anda bagaimana menyemai salad yang mudah dan senang.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 15 hingga 20 biji salad.

2. Dua bahagian tanah topsoil.

3. Satu bahagian kompos/tinja binatang.

4. Satu bahagian pasir sungai/perlite (abu vulcano).

5. Setengah bahagian peat-moss.

6. Polibag saiz sederhana.

Cara penyediaannya:

1. Pertama sekali dapatkan benih salad. Beli di nusery atau kedai pertanian berhampiran.

2. Potong dua polibag  ditengahnya.

3. Campurkan tanah topsoil, kompos, pasir sungai/perlite, dan peat-moss ke dalam satu bekas dan gaul hingga sebati. 

4. Masukkan media ke dalam polibag, padat-padatkan sedikit.

5. Tabur benih salad di permukaan polibag dan timbus senipis mungkin tanah di atasnya.

6. Siram dengan air secukupnya hingga media basah sepenuhnya. Simpan polibag anda di tempat selamat dan tunggu sehingga benih salad anda bercambah. Selepas 2 hingga 3 minggu anda sudah boleh mengalihkan anak benih pokok salad anda di dalam pasu atau batas. 

Tips menyemai salad yang harus dipraktikkan.

1. Semai benih salad anda ketika humidity (kelembapan) di sekeliling tempat tinggal anda. Sebaik-baiknya penghujung musim hujan. 

2. Pastikan media lembab (moist) dalam tempoh semaian agar benih mudah bercambah Tetapi jangan terlalu basah (wet).

3. Jika mengunakan media dari kebun atau halaman rumah pastikan didedahkan sinaran matahari selama 2 minggu barulah digunakan.

4. Dan paling penting, pastikan benih salad anda berkadaan baik dan tidak melebihi tarikh luput.

5. Anda boleh menggunakan apa-apa bekas semaian di sekeliling anda seperti tupperware, cup aiskrim, kotak kecil, tin terbuang dan sebagainya.

6. Namun jika anda mampu membeli tray semaian styorofoam untuk salad anda lagi bagus dan praktikal.

Selamat bertani dan menuai hasil.

1 komentar:

 
Top