Kobis bunga atau couliflower adalah spesis brassica oleracea dan dijadikan sebagai sayuran bunga muda (head). Secara umum, brassica termasuklah kobis, brokoli, brussel sprout, collard green dan kale. Ia sangat versatile sebagai sayuran yang digemari ramai. Namun bunga kobis merupakan antara sayuran yang agak mahal di pasaran. Oleh kerana tanomkinotuan berjaya menanam brokoli hijau maka tanomkinotuan mencuba nasib untuk menanamnya di KBR.

Sebenarnya tanomkinotuan tidak berniat untuk mencuba menanam bunga kobis, sebab dalam hati tanomkinotuan mengatakan sukar dan mustahil untuk menanamnya. Ini kerana pertama tanomkinotuan bukan sentiasa ada di rumah dan kedua banyak komitmen yang harus dibuat. Lagi pula kobis bunga alah dengan penyakit. Namun pemberian seorang kawan benih bunga kobis ini pada beberapa bulan yang lepas menyebabkan tanomkinotuan menyemainya. Alang-alang benih sudah ada di tangan.

Masa menyemai benih kobis bunga pun pada musim kemarau yang lepas. Oleh kerana tanomkinotuan hanya berada di rumah pada hujung minggu jadi anak pokok kobis bunga hanya dapat disiram pada masa itu dan banyak benih yang mati. Lazimnya benih kobis bunga mula bercambah pada hari ke-4 hingga ke-7 selepas ditanam. Pada masa ini air perlu untuk penyerapan nutrisi dan kelembapan tanah maka siram dua kali sehari. Tanomkinotuan menyemainya pada polibag buangan saiz sederhana dan dipotong untuk minimizekan jumlah tanah yang digunakan.

Syukur alhamdullilah, pada tempoh anak pokok kobis bunga membesar tidak berlaku serangan dari makhluk perosak. Ia tumbuh dengan baik. Tanomkinotuan menggunakan media campuran dengan nisbah 2:1:1 yakni 2 bahagian tanah hitam. 1 bahagian kompos dan 1 bahagian pasir sungai. Tanomkinotuan gaul media tersebut dan semai benih kobis bunga dengan menabur ke dalam bekas semaian. Mengikut kebiasaan pemindahan anak pokok kobis bunga yang paling sesuai ialah pada usia 3 minggu di mana anak pokok sudah mengeluarkan 4 helai daun utama. Namun tanomkinotuan mengalihkan anak pokok kobis bunga agak lewat yang sudah berusia 5 minggu. Tanomkinotuan alihkan ke batas yakni batas yang telah digembur dan ditambah kompos. Tanomkinotuan hanya menanamnya tanpa mengukur jarak hanya tanam begitu sahaja.

Dari pemerhatian tanomkinotuan, pertumbuhan kobis bunga sangat cepat jika batas cukup lembab dan cukup nutrisi. Namun mudah diserang penyakit dan serangga. Separuh pokok kobis bunga tanomkinotuan habis diserang ulat seribu dan belalang. Tanomkinotuan tidak risau akan belalang kerana serangannya tidaklah teruk sangat, hanya daun yang dimakan walaupun jelek dilihat dengan lubang-lubang sebesar wang syiling 50 sen. Namun ia masih boleh membesar dengan baik. Pokok kobis bunga tanomkinotuan juga diserang batang reput oleh kulat. Penyakit ini menyerang di dalam batang hingga pokok layu dan mati. Penyakit ini sukar di kawal hanya cabut pokok yang diserang dan hapuskan atau buang jauh dari pokok yang masih elok, takut menjangkiti pokok yang lain.

Dari segi pembajaan pula tanomkinotuan tidak dapat mengikut pembajaan secara teratur. Tanomkinotuan hanya dapat membubuh baja ketika pulang ke rumah pada hujung minggu sahaja. Selepas 3 bulan kobis bunga sudah boleh dituai. Caranya ialah melihat saiz bunganya dan warna agak keputihan. Tanomkinotuan potong batangnya menggunakan pisau yang tajam.

Selamat bertani dan menuai hasil.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top