Pagi ini tanomkinotuan tidak ke mana-mana. Rehat di rumah saja sambil menonton TV hingga ke petang. Namun pagi tadi selepas serapan tanomkinotuan ke Kebun Belakang Rumah (KBR) untuk melihat kalau-kalau ada sayur yang sudah boleh dipetik. 


Sawi bunga yang ditanam awal cuti bulan November tahun lepas di bawah pokok-pokok mulberri kini sudah boleh dituai. Tidak terasa tempoh matangnya. Sawi bunga kampung ini cepat membesar. Hanya sebulan lebih sudah boleh dicabut. Inilah tuaian awal tahun baru di mana tidak ada serangan dari makhluk perosak. Daunnya cantik dan wah! Tanomkinotuan masak tumis ikan sardin pada petang nanti. 


Sambil mencabut pokok sawi bunga dicelah-celah pokok mulberi dan pokok petola ular terpandang buah lada hijau, cili padi thai, lada topurak dan buah lada topurak yang sudah matang untuk benih tanaman akan datang. Apa lagi gigih tanomkinotuan memetik kesemua variati lada ini. Boleh simpan dalam peti sejuk, keluarkan dan bersihkan apabila tanomkinotuan ingin menggunakannya. 


Keledek ini juga dituai awal tahun baru di KG. Kini tinggal separuh kerana sudah di masak kuih goreng keledek. Keledek mudah tumbuh dan senang jaga. Ini dicampur sekali gus dengan 3 variati keledek. Isi keledek merah gelap adalah keledek jepun ungu. Isinya berwarna ungu. Sedap ditanak bersama-sama beras. Beras boleh bertukar ungu. Isi berwarna merah terang pula adalah keledek hibrid isi kuning dan isi keledek berwarna putih pula adalah keledek hibrid isi putih. Tanomkinotuan ada menanam keledek stela tetapi belum berisi.


Bayam hijau daun bulat juga dituai awal bulan ini, kelmarin sebenarnya. Baru direndam kerana nampak layu. Bayam hijau cepat tumbuh tetapi mudah diserang penyakit. Tanomkinotuan masak sup saja. Kepelbagaian cara memasak adalah yang paling ideal untuk kesihatan kita.

Dan masih banyak lagi sayuran di KBR dan KG yang menanti untuk dituai. Tanomkinotuan tanam ikut peringkat supaya bekalan dapur tidak putus. Apakah tuaian anda di ambang tahun baru?

Selamat bertani dan menuai hasil.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top