Cambahan benih lobak merah pertama yang dimasukkan ke dalam peti sejuk untuk mempercepatkan percambahan sudah pun ditanam dan mula tumbuh dengan galak sekali. Lobak merah tersebut adalah jenis lobak merah dari variati curado F1. Tanomkinotuan tidak menambah bahan cambahan yang sepatutnya seperti EM malah percambahan adalah 80 peratus berjaya.

Percubaan kali pertama untuk mempercepatkan percambahan benih lobak merah terlebih tempoh dalam peti sejuk. Sepatutnya selepas dua minggu benih lobak merah harus dikeluarkan dari peti sejuk dan semai dalam media tanaman. Tetapi benih lobak merah tanomkinotuan terpaksa berada dalam peti sejuk selama 3 minggu 4 hari menyebabkan ia sudah bercambah dengan akar menembusi tisu. Nasib benih tidak mati. Tanomkinotuan semai pada polibag beras 10 kg. Benih tersebut mula bercambah dengan jayanya. Namun sebelum anak benih lobak merah cambahan musim pertama mengeluarkan daun sebenar. Hujan lebat yang turun tidak henti-henti telah memusnahkan anak benih lobak merah dengan meninggalkan hanya 3 pokok sahaja.  Oleh kerana ketiga-tiga pokok lobak merah tumbuh dengan rapat tanomkinotuan telah mencabut sepokok agar pembesaran berlaku dengan baik.


Ini adalah benih lobak merah curado F1 cambahan dalam peti sejuk yang pertama yang berjaya mengharungi hujan lebat. Semakin besar dan galak pertumbuhannya bersama dengan lobak putih (chinese radish).

Kali kedua tanomkinotuan mempercepatkan percambahan lobak merah dengan masih menggunakan variati benih lobak merah yang sama. Namun cambahan kedua ini sempat dikeluarkan dari peti sejuk setelah genap 2 minggu. Tanomkinotuan semai dalam bekas simpanan air saiz besar (telah rosak). Selepas 5 hari benih lobak merah mula tumbuh dengan baik.


Kejayaan percambahan adalah 95 peratus. Hampir semua benih yang dicambah menjadi.


Pokok lobak merah chantenay kini berusia 3 minggu lebih. Lobak merah curafo F1 telah dilakukan penjarakan (thining) dengan jarak 5 inci antara pokok. Sekiranya anak pokok lobak merah tumbuh dengan rapat jarakkan kira-kira 5 inci dengan mencabut anak pokok lobak merah agar pokok lobak merah cepat membesar dan isi lobak juga membesar dengan baik. Anda juga boleh menanam semula anak pokok lobak merah yang dicabut tadi ditempat lain.

Dengan kejayaan dua kali untuk mempercepatkan percambahan dalam peti sejuk, tanomkinotuan telah melakukan perkara sama pada benih lobak bulat (miniature carrot type) atau namanya lobak merah paris market ke dalam peti sejuk. Tetapi tanomkinotuan tidak sangka sama sekali apabila tanomkinotuan mengeluarkan benih lobak merah bulat tersebut hampir bercambah kesemuanya.

Benih bercambah

Sebenarnya benih lobak bulat tidaklah genap 2 minggu dalam peti sejuk cuma 10 hari sahaja. Tanomkinotuan langsung sediakan apa-apa bekas untuk menyemainya dan separuh lagi disemai terus pada batas. Lobak merah bulat ini boleh saja cabut dan tanam ditempat yang diinginkan. Ini kerana lobak merah bulat umbisinya tidaklah panjang ke bawah tetapi berbentuk bulat. Lobak jenis ini. Juga sesuai ditanam pada pasu, kontena yang bersaiz pendek. Lobak merah bulat belum ada perkembangan kerana baru disemai hari ini. Oleh itu tanomkinotuan sarankan jika lobak merah bulat yang anda simpan dalam peti sejuk untuk mempercepatkan percambahannya simpan hanya seminggu dalam peti sejuk.

Selepas ini tanomkinotuan akan membuat benda yang sama yakni memasukkan benih lobak ke dalam peti sejuk bagi lobak merah variati danves berwarna kuning pula. Tunggu terlebih dahulu hingga seminggu daripada tempoh menanam lobak merah bulat. Agar lobak merah tanomkinotuan tumbuh secara berperingkat-peringkat di KBR. Ini akan memberikan bekalan lobak merah senantiasa ada.

Kini tanomkinotuan tidak bimbang dan kecil hati untuk menyemai lobak merah. Dengan kaedah menyimpan benih lobak dalam peti sejuk selama 1 hingga 2 minggu baru di semai ke tanah telah memudahkan kerja tanomkinotuan dalam menanam lobak merah. Sebelum ini tanomkinotuan semai terus pada batas dan hasilnya benih rumput rumpai bercambah dahulu manakalah benih lobak tidak muncul-muncul. Namun tanomkinotuan masih berusaha menanam benih asparagus yang hingga kini masih gagal total. Diharap masa akan datang asparagus dapat disemai dengan jayanya.

Selamat bertani dan menuai hasil.

0 komentar:

Posting Komentar

 
Top